Jual Gambar di Internet? Lagi

Mungkin anda mempunyai kamera DSLR dan telah mengambil gambar bertahun lamanya, tetapi tidak pernah mendapat peluang untuk menjadikan hobi itu sebagai suatu sumber pendapatan untuk mendapatkan pulangan… duit. Kenapa tidak jual sahaja foto – foto anda yang menarik dan membuat keuntungan daripadanya. Jual gambar atau foto anda itu di internet!

Jual gambar di internet?  Ya! Siapa kata ianya mustahil? Daripada membiarkan Kamera DSLR atau kamera kompak yang dimiliki terperap dalam almari lagi elok kita menangkap gambar dan menjualnya di internet.  Mustahil? Betul ianya mustahil jika anda hanya duduk dan mengharapkan wang jatuh dari langit!

Cuba fikirkan fakta ini, lebih kurang 192 buah negara ada di dunia ini dan setiap satu daripadanya pasti memiliki syarikat penerbitan yang menerbitkan majalah, buku dan surat khabar. Setiap keluaran tersebut sama ada secara mingguan, dwi mingguan, bulanan atau bermusim akan diterbitkan. Setiap penerbit dan editor tertakluk kepada tarikh akhir (dateline) dan tidak punya banyak masa untuk mengatur sesi fotografi untuk setiap artikel mereka. Pilihan yang mereka ada ialah dengan membeli foto-foto daripada agensi “stock photography” di internet. Bukan setakat mereka tetapi juga webmaster dan orang persendirian yang mahukan foto yang menarik pasti akan mencarinya.

Jika anda mempunyai foto yang menarik dan sesuai pastinya ia akan menjadi pilihan.

Mulakan langkah dan cabaran anda yang pertama . Daftarkan diri dengan agensi “stock photography” seperti di bawah. Kemudian muatnaik “upload” gambar menarik yang diambil oleh anda.

Fotolia

Dreamstime

Bigstockphoto

123rf

Shutterstock

 

Boleh kaya kah ? (soalan tipikal)

Setiap foto yang unik dan menarik boleh mendapat harga yang bagus. Sekiranya ada tidak memberikan mana-mana laman, hak eksklusif untuk gambar anda, anda boleh menjualnya di mana-mana agensi seperti di atas. Gambar-gambar tersebut tidak mempunyai tarikh luput, ianya boleh digunakan olah mana-mana penerbit  sehingga anda sendiri yang mengalihkannya dari agensi berkenaan.

 

Topik berkaitan jual gambar di internet akan aku kemaskini setiap hari Isnin. Tips, kaedah dan pendapatan yang diperolehi akan aku kongsikan.

Mahu dapatkan harga terbaik untuk kelengkapan perkakasan kamera DSLR ? Boleh cuba tengok website kat bawah ni. Ada barang baru dan second hand. Kalau mahu menjual kelengkapan dan perkakasan kamera pun boleh. Harga? berbaloi-baloi…

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!