20 Ramadhan 1432H

ramadhan-2011

“Seminggu lebih lagi raya weih!” Berkobar-kobar semangat Aidilfitri. Di setiap pelusuk dan ceruk kompleks membeli belah, kedai perabot dan gerai jualan kelengkapan raya pastinya dipenuhi dengan mereka yang berbelanja untuk persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri.  Yang paling wajib tentunya membeli baju raya! bagi mereka yang tidak membuat tempahan menjahit baju rayalah. Selalunya yang paling mendapat keistimewaan ialah golongan anak-anak kecil dan remaja, dorang sekurang-kurang ada 2 ke 3 helai baju raya selain baju melayu / baju kurung… kategori baju lain? baju jalan, baju beraya, baju dirumah… dan yang sewaktu dengannya! Bermacam-macam kaler (warna) dan coraknya.

Gadis-gadis sunti aka anak-anak dara juga tidak mahu ketinggalan untuk memperagakan baju kurung dan baju raya. Masing-masing mahu tampil bergaya, menarik dan comel di Aidilfitri. Para jejaka pula tidak mahu kalah dan sudah tentu inilah masanya untuk kelihatan macho, segak, bergaya dan hensom (handsome/kacak) di Hari Raya. Bukannya apa, untuk memikat si gadis sewaktu beraya di rumah bakal mentua nanti… ahaks!

Mereka yang berusia beralah dan lebih gembira jika dapat melihat anak dan cucu gembira di musim perayaan ini. Kesimpulannya, semua mahukan yang terbaik menjelang Aidilfitri nanti.

Aku? Raya nanti ber-Aidilfitri di Kota Kinabalu sahaja. Insya Allah, ada kesempatan, akan menyerang rumah-rumah kawan di sekitar Kota Kinabalu, Tuaran, Tamparuli, Papar, Bongawan dan yang berdekatan.

Ada juga saudara mara lain yang berRaya di perantauan, kita senasib bro! …hehehe.

Persiapan raya korang tahun ni macam mana? mengancam? atau mengancam isi dompet?

Walau apa pun, bersederhana dan ingatlah mereka yang serba kekurangan. Tunaikan kewajipan dengan membayar zakat (kadar Zakat bagi negeri Sabah tahun 2011 ialah RM7.00).

Nota:

Mau main mercun bleh?

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!