BENGKEL SENI PERTUKANGAN NOVEL : R.A.M

Bengkel Seni Pertukangan Novel : Ramlee Awang Murshid akan diadakan di Hotel Tang Dynasty, Kota Kinabalu Sabah pada 10hb Disember 2011  (ditunda ke- 11hb FEBRUARI 2012), bersamaan dengan hari Sabtu. Wah! siapa yang tidak kenal dengan novelis thriller no.1 Malaysia ini? Pastinya tidak lengkap koleksi novel atau bacaan anda jika anda tidak mengenali beliau. Pernahkah anda membaca ceritera epik Laksamana Sunan? sebuah rentetan cerita 5 buah novel yang bermula dengan Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi dan terkini Sutera Bidadari… dan ramai yang mahu agar kisah ini disambung lagi.


Bagi orang Sabah pastinya kita harus berbangga, penulis yang berasal dari negeri di bawah bayu ini juga telah menulis sebuah trilogi yang begitu dekat dengan kita… trilogi TOMBIRUO, 3 buah novel yang hebat dan terlaris. Bermula dengan novel pertama, Tombiruo, Semangat Hutan dan terakhir sekali Tombiruo Terakhir… Aku mahukan kesinambungan trilogi hebat ini! Yang lebih menarik, novel TOMBIRUO akan diadaptasikan ke layar perak, atau bahasa mudahnya… Tombiruo akan diadaptasi menjadi sebuah filem. Wow!


Berbalik kepada bengkel. Adakah ini yang anda mahu ?

[-] Mahu menjadi seorang penulis NOVEL?
[-] Mahu menjadi seorang NOVELIS ‘BESTSELLER’? karya LARIS!
[-} Mahu mendapatkan TIPS PENULISAN dari RAMLEE AWANG MURSHID?
[-] Adaptasi TOMBIRUO ke Layar Perak? Cerita sebalik tabir…
[-] Mahu hasilkan novel yang boleh di adaptasi ke layar perak?

Bengkel Seni Pertukangan Novel : Ramlee Awang Murshid yang diadakan di

Puri Pujangga,  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) , 19hb November 2011

Saudara Ramlee Awang Mushid akan hadir bersama (di KK ), seorang sutradara terkenal iaitu NASIR JANI – atau nama betulnya Mohd Nasir Bin Jani merupakan seorang pengarah filem, di antara filem arahan beliau ialah,
Rozanna Cinta 87” dan “Kembara Seniman Jalanan” . Beliau akan berkongsi pengalaman beliau dalam bidang pengarahan filem dan juga akan memberikan tips serta teknik untuk menulis sebuah skrip drama atau filem yang berkualiti. Nah! ini peluang kita untuk belajar menulis skrip drama atau filem dan melihat hasil karya sendiri di kaca televisyen atau panggung besar. Cantik! Beliau juga akan menceritakan pengalaman adaptasi novel Tombiruo…


PENYERTAAN TERHAD – HANYA 50 orang sahaja

RM 295 – untuk 25 peserta terawal

RM 345 – untuk 25 peserta seterusnya…

*juga Harga Istimewa kepada ahli RAMFC

*tawaran ini hanya sah untuk ahli yang pernah mendaftar melalui laman sesawang RAMFC (www.kelabram.com)

dan mempunyai no ahli RAMFC, membeli cenderahati RAMFC & pernah menyertai aktiviti RAMFC.

CARA MENDAFTAR :-

1. DAPATKAN BORANG PENYERTAAN dengan mengemail saya di budakhutan10@gmail.com.

2. Ikuti kaedah pendaftaran yang dinyatakan di dalam borang tersebut.

NOTA PENTING !

1. Bengkel Seni Pertukangan Novel : Ramlee Awang Murshid ini dianjurkan oleh

ARTEM PIRE STUDIOS SDN BHD

2.  Bayaran hendaklah dibuat ke akaun ARTEM PIRE STUDIOS SDN BHD

dan bukan ke akaun peribadi saya.


Juga tawaran menarik dari pihak pengurusan bengkel!

TAWARAN UNTUK MENULIS NOVEL DIBAWAH

ARTEM PIRE STUDIOS SDN BHD

  1. Menulis secara kumpulan untuk sebuah naskhah novel.
  2. Minimum 5 hingga 6 orang bagi setiap kumpulan.(sila berbincang dengan pihak Artem Pire Studios Sdn Bhd bagi mereka yang inginkan kurang dari 5-6 orang bagi naskhah yang pertama)
  3. Tema bebas bagi setiap individu.
  4. Panjang penulisan antara 90 muka surat hingga 100 muka surat MS Word, Font 12 jenis Arial dengan langkau 2 baris – mengikut format rasmi bagi penulisan novel.
  5. Tempoh 6 bulan diberikan untuk menyiapkan karya.
  6. Karya yang siap hendaklah diemelkan kepada artempirestudios@gmail.comdalam bentuk ‘soft copy’
  7. Semua kos penyuntingan dan reka bentuk kulit akan ditanggung oleh Artem Pire Studios Sdn Bhd.
  8. Kata pengantar penulisan naskhah ini akan dibuat oleh Saudara Ramlee Awang Murshid.
  9. Artem Pire Studios Sdn Bhd tidak menggunakan sistem royati bagi setiap novel yang telah dijual.
  10. Bayaran akan dibuat melalui Sistem Pembahagian Jualan
  11. Pembahagian keuntungan bagi jualan novel adalah 60% (penerbit)  40% (penulis).
  12. Hak cipta karya penulis tidak akan dipegang oleh Artem Pire Studios Sdn Bhd.
  13. Penulis berhak untuk menuntut hakcipta karya pada bila-bila masa, dengan cara bertulis secara rasmi.
  14. Selagi hakcipta tidak dituntut oleh penulis maka Artem Pire Studios Sdn Bhd berhak untuk membuat cetak ulang pada bila-bila masa tanpa kebenaran penulis. Pembahagian keuntungan tetap sama (sila rujuk no 11).
  15. Artem Pire Studios Sdn Bhd akan memaklumkan terlebih dahulu pada penulis bila cetak ulang akan dilakukan.
  16. Untuk cetakkan pertama Artem Pire Studios Sdn Bhd akan mencetak sebanyak 500 naskhah.
  17. Setiap penulis akan menerima 3 naskhah secara percuma.
  18. Penulis digalakkan menjualnya secara sendiri. Selain itu Artem Pire Studios Sdn Bhd juga akan memasarkannya.
  19. Bagi setiap penulis yang ingin memasarkan sendiri novel berkenaan hendaklah membuat bayaran secara tunai dari harga yang akan dipasarkan iaitu 60% dari harga buku.
  20. Setiap naskhah akan dijual dengan harga RM 20.00. Tidak termasuk kos penghantaran.
  21. Setelah naskhah pertama diterbitkan, Kumpulan penulis akan dikecilkan lagi pada 4 atau 3 orang bagi satu-satu naskhah, seterusnya dikecilkan kepada 2 orang dan tawaran menulis secara individu akan ditawarkan pada penulis yang telah melepasi peringkat berkarya secara berkumpulan tersebut.
  22. Tiada apa-apa bayaran dikenakan pada peserta yang ingin menyertai tawaran ini.
  23. Artem Pire Studios Sdn Bhd berhak membatalkan mana-mana bahagian di atas mengikut kesesuai semasa.

Objektif  tawaran ini dibuat, adalah sebagai skim pengalak kepada perserta ‘Seni Pertukangan Novel Ramlee Awang Murshid’ untuk melahirkan karya masing-masing setelah tamat sesi ini. Artem Pire Studio adalah syarikat ditubuhkan oleh Ramlee Awang Murshid untuk membentuk generasi penulis baru dibawah tunjuk ajar beliau.


4 Responses to BENGKEL SENI PERTUKANGAN NOVEL : R.A.M

  1. ZRn says:

    Sounds interesting… 🙂

  2. Assalamu’alaikum.

    Saya b’minat. ngee~

Tinggalkan Komen Kepada ZRn Batalkan

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!