MEMBARA

Semangat  MEMBARA! Ya, begitulah rasa jiwa-jiwa penyokong kental pasukan Malaysia atau lebih tepat lagi penyokong bolasepak Malaysia. Kejuaraan mendapat emas di Sukan SEA 2011 di Indonesia baru-baru ini mengukuhkan kedudukan HARIMAU di peringkat Asia Tenggara. Emas yang diperoleh dalam edisi sukan SEA yang lalu dipertahankan. Sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan Harimau Muda di Indonesia pada SEA 2011 pasti mengakui perit getir dan betapa berlikunya laluan anak-anak muda ini. Kumpulan maut, cemuhan dan provokasi, kecederaan dan pelbagai lagi karenah tuan rumah membuatkan semangat nasionalisme penyokong  di tanah air membuak. Sokongan padu untuk MALAYSIA!. Jeritan dan pekikan gol! pasti boleh kedengaran di mana-mana waktu itu, ianya bagaikan pesta bila kita dinobatkan juara!

Ah, aku sendiri menonton sehingga tamat siaran langsung. Jantung berdegup kencang dan adrenalin terasa seperti beraksi bersama-sama Harimau Muda di padang. Rasa bangga dan terharu apabila lagu Negaraku dimainkan dan anak-anak muda ini dikalungkan pingat emas! Berbaloi! Pastinya selepas ini ramai anak kecil yang mahu menjadi bintang bola sepak! bagus!

Kelayakan Olimpik? Malangnya keletihan, kelesuan dan kecederaan menjadi penghalang utama kemaraan pasukan bolasepak Olimpik Malaysia.

Perlawanan menentang Syria: Separuh masa pertama, Malaysia beraksi cemerlang dengan beberapa kali membuat percubaan dan berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan pasukan lawan. Seolah-olah kita berjaya menyaingi Syria dan mampu menjaringkan gol. Tetapi, separuh masa kedua, 3k (kelesuan,keletihan,kecederaan) jelas menjejaskan permainan Malaysia. Sepertinya dua buah pasukan yang berbeza beraksi pada kedua-dua masa permainan. Kita kalah 2-0.

Perlawanan menentang Bahrain: Sama seperti perlawanan menentang Syria, separuh masa pertama menjadi milik kita dengan corak permainan yang menarik serta percubaan yang menghasilkan gol. Gol pembukaan oleh anak muda berumur 17 tahun, Muhamad Nazmi Faiz Mansur, tajam dari luar kotak penalti. Gol cantik! Gol kedua diperoleh hasil percubaan Mahali Jasuli. Teramat malang apabila, sekali lagi 3K (Kelesuan, Keletihan, Kecederaan) ditambah lagi dengan dua K ( Kekejangan dan ketiadaan pemain gantian yang sesuai) . Akhirnya, Bahrain berjaya mendapat 3 gol dalam tempoh 6 minit. Sedih! keputusan penuh Malaysia 2 – Bahrain 3.

Baki perlawanan selepas ini Malaysia harus menang! dan berharap agar Syria hanya akan seri dalam perlawanan mereka yang seterusnya dengan Bahrain dan kalah apabila berjumpa dengan Jepun dan Malaysia, serta Bahrain tewas kepada Jepun. Oleh itu kita mampu meraih 9 mata. Syaratnya, kalahkan Jepun, Syria dan Bahrain.

Jika dilihat secara keseluruhan, pasukan Senior dan Junior, kita sudah mampu membentuk sebuah pasukan bola sepak yang mantap dan mampu menggegarkan Asia. Aku senaraikan beberapa nama pemain yang menjadi pilihan aku. (pilihan aku, ok! termasuk simpanan) Mereka-mereka inilah yang bakal membawa nama Malaysia ke peringkat lebih tinggi kelak. Harapan paling tinggi, berjaya masuk ke pusingan kumpulan Piala Dunia 2018!!!

PASUKAN IMPIAN MALAYSIA! HARIMAU!

Mohd Safee Mohd Sali ( Safee Sali ) , tarikh lahir – 29 Januari 1984

Mohd Safiq Mohd Rahim  ( Safiq Rahim ), tarikh lahir – 5 Julai 1987

Baddrol Bakhtiar, tarikh lahir – tarikh lahir – 1 Februari 1988

Muhamad Nazmi Faiz Mansor, tarikh lahir – 16 Ogos 1994

Izzaq Faris Ramlan, tarikh lahir – 18 April 1990

Norshahrul Idlan Talaha, tarikh lahir – 8 Jun 1986

Syahrul Azwari Ibrahim, tarikh lahir – 12 januari 1993

Wan Zaharulnizam Zakaria , tarikh lahir – 8 May 1991

K.Gurusamy, tarikh lahir – 20 november 1988

S.Kunanlan, tarikh lahir – 15 September 1986

Yong Kuong Yong, tarikh lahir – 18 September 1988

Ismail Faruqi Asha’ri, tarikh lahir – 5 Oktober 1986

Mohd Amirul Hadi Zainal, tarikh lahir – 27 Mei 1986

Mohd Irfan Fazail, tarikh lahir – 12 April 1991

Wan Zack Haikal Wan Noor, tarikh lahir – 28 Januari 1991

Amar Rohidan , tarikh lahir – 23 Januari 1987

Mohd Zaquan Adha Abdul Razak, tarikh lahir – 3 Ogos 1987

Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, tarikh lahir – 3 Ogos 1987

Mahali Jasuli, tarikh lahir – 2 April 1989

Mohd Muslim Ahmad, tarikh lahir – 25 April 1989

Mohd Fadhli Mohd Shas, tarikh lahir – 21 Januari 1991

Mohd Fandi Othman, tarikh lahir – 25 april 1992

Mohd Asraruddin Putra Omar, tarikh lahir – 26 mac 1988

Mohd Zubir Azmi, tarikh lahir – 14 November 1991

Khairul Fahmi Che Mat, tarikh lahir – 7 Januari 1989

Mohd Sharbinee Allawee Ramli, tarikh lahir – 7 November 1986

itu adalah pilihan aku , dan sengaja aku letakkan tarikh lahir mereka agar kita semua tahu bahawa dalam tempoh 5 ke 15 tahun akan datang mereka inilah yang bakal mewarnakan dan mengharumkan nama Malaysia di persada bolasepak antarabangsa! Naikkan ranking FIFA kita di bawah 100 dan sebolehnya dibawah 75 agar pemain-pemain kita boleh beraksi di liga-liga antarabangsa! (teringat RAMLI Manchester United). Aku juga berharap agar ada lagi pemain-pemain baru yang berjaya dicungkil bakat mereka, lebih-lebih lagi dari kalangan pemain bolasepak Sabah! ayuh!!!

Kalah atau menang kita harus tetap memberikan semangat kepada HARIMAU MALAYSIA!

 

p/s:  Adam = ” babah, nanti besar Adam mau jadi pemain bola sepak, bolehkah tu?

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!