Selamat tinggal dunia blog! Blog… Masih aku ingat lagi suatu ketika dahulu… Blogspot merupakan medan pertama aku berjinak-jinak dengan dunia blog. Beberapa buah akaun sebelum itu pernah dibuka, tetapi disebabkan akses internet yang terhad, (almaklumlah…komputer sendiri pun belum ada… alahai~). Aku sendiri sudah lupa dengan alamat blog-blog yang lama sebelum aku menggunakan nama samaran budakhutan. Salah satu sebab berblog waktu itu adalah kerana adsense dan iklan-iklan berbayar. (lumayan… tapi kini sedikit merosot).
Belajar sedikit demi sedikit untuk mengubahsuai template blog (edit HTML) … Bermain dengan skrip. Di awal pembabitan, ramai juga rakan alam siber yang dikenali melalui blog. Bermula dari bertukar-tukar pendapat, dan komen-komen di blog-blog mereka. (sekarang banyak betul spammers- yang hanya mahu link mereka dilawati… salah teknik ni~). Seronok membaca kisah dan pengalaman rakan blog yang mempunyai pelbagai latar belakang berbeza dari dalam dan luar negara. Salah sebuah blog yang pernah aku ikuti dahulu, blog Joe Perantau. Pengembaraan dan hidup berdikari di luar negara? Seronok!
Kini aku rasa seperti blog aku ini tertinggal dan tertimbus dek himpunan blog yang hebat di luar sana.
Adakah akan terus tertimbus dan terbenam?
tetapi aku masih mengejar klimaks, mencari konklusi… dan masih belum selesai.