2012: Dua Ribu Dua Belas

Jumaat 2012 : Sudah 4 hari hujan turun dengan amat lebat. Jarak pandangan tidak sampai 3 meter. Apa sahaja yang ada dihadapan kelihatan kabur, seolah titis hujan sangat rapat. Kedinginan pada siang hari itu, boleh menyebabkan hypothermia,   seperti berada di Kutub Utara. Siaran televisyen melaporkan kejadian gempa bumi berantai, kejadian gempa berlaku di sepanjang batuan sempadan plat tektonik dunia. 17 skala richter, itu adalah magnitud terbesar hasil sesar gelinciran pertembungan plat Pasifik dan plat Amerika utara di sesar San Andreas. Los Angeles dan San Francisco di pantai barat California terjejas teruk. Gempa-gempa bermagnitud 12 ke bawah berlaku di Jepun, India, Indonesia, China dan Brazil. Hampir 90% kawasan di bumi merasakan impak gegaran.

Beberapa buah gunung berapi meletus dengan dahsyat. Gunung Merapi, Krakatoa, Galunggung, Semeru dan Tangkuban Perahu meletus serentak di Indonesia. Nyamuragira di Congo, Gunung Etna di Italy, Kialuea di Hawaii Amerika Syarikat, Gunung St.Helen juga di Amerika Syarikat, Santa Maria di Guatemala, Piton De La Fournaise di La Reunion Island, Stromboli di Italy, Gunung Yasur di Vanuatu, Lascar di Chile, Sangay di Ecuador dan beberapa tempat lagi memuntahkan lahar tanpa henti dan menghasilkan debu yang memendungkan hari siang. Memburukkan lagi keadaan, tsunami turut melanda beberapa bandar utama dunia. Ombak gadang setinggi 379 meter direkodkan melanda Sri Lanka. Beberapa buah pulau telah ‘hilang’ ditenggelami lautan. Tragis!

Kilat sabung menyabung dan guruh berdentum hebat seperti adanya raksasa yang bertempur di angkasa raya.

Adakah itu merupakan rentetan kejadian bencana darurat di tahun 2012 nanti? Benarkah teori kalendar kaum Mayan yang dunia akan berakhir atau kiamat pada 2012? Betulkah ramalan Nostradamus dunia semakin hampir ke penghujungnya? Persoalan demi persoalan bertunjangkan ramalan-ramalan dan petikan ayat-ayat suci dari Al-Quran dan juga petikan dari kitab Injil, Bible membuatkan ramai yang terpengaruh.

Jawapan yang pasti? Laluilah kehidupan kita seadanya. Beramal dan berbakti serta ikhlas berbudi bahasa. Jika ia akan terjadi, itu merupakan ketentuan Ilahi. Kenapa ditunggu datangnya KIAMAT?

Walau matahari sudah mula terbit dari Barat dan Dajjal keluar menunjukkan taringnya… Keteguhan IMAN itu terletak di hati masing-masing.

Yang harus ditunggu munculnya ‘ Imam Mahdi’  yang  memimpin muslimin memerangi kezaliman di zaman kegelapan nanti.

Yang harus dan amat ditunggu ketibaan semula Nabi Isa A.S yang akan ‘menewaskan’ Dajjal. (Jika kesempatan itu ada pada kita, syukur, kita dapat melihat Nabi di zaman kita).

Perbaiki diri… AZAM… untuk menjadi yang terbaik, bermula dengan diri sendiri, isteri, anak dan keluarga serta masyarakat serta dunia.

SELAMAT TAHUN BARU.

langkah baru bermula~!

4 Responses to 2012: Dua Ribu Dua Belas

  1. defoo says:

    Salam bro. Mana yang terkurang and tersilap, harap sama2 kita saling perbaiki, saya ni pun banyak yang kurang ni 🙂

  2. bain says:

    Salam bro.

    Bain dah lama x blogwalking. Ni semua gara² FB.
    I HATE FB!!! Hehee ^_^”

    Like ur 2012 pic ni. Mcm mana bro buat? guna software apa?

    Btw, salam-nyambut 2012.

    • budakhutaN says:

      Bain~ Pic asal ni amek dari internet, google jak ~_^, yang ditambah tu nombor 2012, kasi edit sikit guna brush, ntuk wat elemen macam asap2 sekeliling nombor tu…
      Tahun 2012 ni banyak yang mahu dibuat… semoga kita semua berjaya mencapai impian!

Tinggalkan Komen Kepada defoo Batalkan

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!