2012 bermula dengan 901! eh…silap ini bukan isu nasional atau berkaitan DSAI dan 901. Tajuk sebenarnya 2012 bermula dengan 80! Ya, betul… apa yang 80? Kalau ditafsir melalui gambar di atas pasti semua tahu… berat 80kg. Alamak! ini kejadian sebenar yang terjadi pada aku sendiri. Seluar-seluar sekarang ni dah sampai tahap super-sempit. Saudara mara dan rakan – rakan ramai sudah yang menegur atau memberitahu …
“Aik! basar sudah ko ni Mie“
“Bro, makin berisi pula sudah ko ni“
“Macam bodyfit sudah baju ko ni bro“
“Ko telan Ultraman ker ko telan Raksasa ni?!“
ok…yang dialog akhir tu aku tambah garam. Ya, bukanlah aku membenci kegemukan atau menghina mereka yang berbadan besar, tetapi untuk diri aku sendiri kesihatan harus dijaga. Cukuplah tahun lalu aku dimasukkan ke hospital, langsung tak boleh berdiri untuk tempoh sehari + beberapa jam, masuk wad neuro untuk beberapa hari… sesuatu mengenai Creatine Kinase. Mungkin tidak berkaitan dengan berat badan aka obesiti tetapi ia bersangkut paut dengan KESIHATAN. Pengalaman bermalam di wad, ada pesakit yang berada di katil sebelah meninggal pada awal pagi. Esak tangis si gadis (teman wanita lelaki) dan keluarganya membuatkan rasa pilu menghambat jiwa. Masih teringat kata-kata si gadis itu sambil mengalirkan air mata… (dia berbangsa Cina~aku translatekan) Dia meronta-ronta dan tidak mahu melepaskan pelukannya.
“Sayang, bangun sayang…bangunlah saya ada disini..sayang“
“Doktor jahat! Kamu tidak rawat dia dengan bagus!“
Malam berikutnya, ada pesakit yang hampir nazak… juga di katil sebelah. Pesakit-pesakit lain ada yang terlantar seolah koma… Kasihan doktor yang bertugas, aku pasti dia hanya berehat dalam tempoh tidak lebih 8 jam. Mental kena kuat.
Cukup sudah rasanya ‘kebesaran‘ ini menjangkiti aku (macam penyakit la plak!) . Bukan sahaja ia berkaitan KESIHATAN tetapi juga KEYAKINAN DIRI. Eh, gemuk pun boleh yakin diri! Maksud keyakinan diri aku disini ialah berkaitan penampilan, kebolehupayaan bertindak, kemandirian dan pemasaran (apa ni?! hahaha). Serius, aku perlu SIHAT untuk keluarga dan semua. Sasaran? 65kg. Tempoh? sebelum tamat tempoh… hehehe.
Coretan akhir untuk nota kali ini ;
1- Jaga diri.
2- Sentiasa rasa gelihati + geram dengan golongan yang berlagak, hidung tinggi dan mendabik dada. Ceh!
3- Biarkan sahaja mereka di kategori ke 2 tu. Tak ambil pusing sangat pun.
4- Jangan biarkan diri dihasut perasaan taksub!
5- Gambar PERUT di atas bukan perut boroi aku! (mengaku boroi aka boyot)
6- Jangan berimaginasi lebih sangat dengan gambar seksi si Homer Simpson tu.
“telan raksaksa” tu mmg menyakitkan. ^_^’
Bain~ Amat sakit… seluar sempit..hehehe
jaga kesihatan 🙂
Terima kasih ~_^
Awas, keadaan berkeluarga sangat sukar untuk me-exercise .Apatah lagi anak masih kecil. Sebab tu bapa bapa sekalian ada tanda ‘kebesaran’ tu. Hehe…
Joy B.Lee~ Ya bah… ada ‘kebesaran’ ni… sa tinguk si pat pun begitu juga… atukui!
aduiyai. aku pun mau kena eksais ni tau. sandi betul suda ni parut.
Vi~ macam ko lagi manang dari aku ni kan… kekeke