Salam sejahtera ke atas aku dan kalian. Sehingga 18hb Mac ni ada beberapa kemaskini status aku di mukabuku (FB), beberapa pandangan, lontaran kata, rasa dan ‘amukan’ yang lebih bersifat neutral. Entah, aku tak tahu jika ada yang faham, terasa … atau ada mesej yang sampai? Konflik dan provokasi… rencah yang kadangkala dimanipulasi menjadi sensasi.
1hb Mac 2012 :
-Dogma ? Dogmatisme ? Dogmatis ? Dogmatik ?… Fundamentalis ? Konspirasi ? Machiavellianisme ? … Tura?
3hb Mac 2012 :
-UP
4hb Mac 2012 :
-tiba…
-Sikit
-batasan
5hb Mac 2012 :
-Lawak Ke Der?
6hb Mac 2012 :
-Semboyan?
-“berakal dan mengakali, dangkal jangan jadi bekal… bebal membawa sebal..ah..tiada siapa kebal… cekal dan tawakal”
8hb Mac 2012 :
-Sudah Batal PAk!
-Ejakulasi Korona
-Bersedia untuk ‘mengembara’ di alam mimpi..~ selesai
9hb Mac 2012 :
-kembali ke Nokia 1280… lagi best bro!
* no.telefon kalian ‘ghaib’ harap maklum…
sila berikan no anda dengan meng SMS/ kasi PM sa… oraits
-Pekong dengan pekung, tokak yang royak…
Sokong dengan dukung, selak yang kerak…
biar tersilap maaf, jangan tersilap hukum
10hb Mac 2012:
-Biar tersilap maaf, jangan tersilap hukum…
p/s: Kenyataan dan yang nyata… dikaburi ketaksuban…
tidak sependapat? toleransi… lucu… keanak-anakan
11hb Mac 2012 :
-Lazuardi
12hb Mac 2012:
-Hampir
– Serkap
13hb Mac 2012 :
– Julat
– Bingkai
14hb Mac 2012 :
– Nebulizer
– Buat sikit-sikit
(promosi video klip terbaru – Alvin MY aka Ranau Boy)
15hb Mac 2012:
– Assalamualaikum dan selamat pagi
– Kasi Sengat!
16hb Mac 2012:
– Kehidupan…
– Fighting
18hb Mac 2012 :
– Harus ‘back on track’
Aku sendiri tersenyum dengan bait ayat yang aku coretkan… Setiap satu darinya memberikan impak emosi dan mempengaruhi rasa. Sama seperti blog ini, aku tidak kisah dengan berapa bilangan orang yang membacanya. Tetapi aku mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan komen atau menyukai (Like) setiap coretan aku disana dan disini. Mungkin aku banyak terbabas dalam pengisian blog aku ini berbanding dahulu.
Persoalan utama kepada aku sendiri?
Adakah aku masih aku? Jauh berbeza?
Setiap perancangan yang tertunggak dan belum terlaksana ada yang sudah mencapai tahap 5 ke 3 tahun…. yang sedang dihitung kira pula ada dalam senarai melebihi angka tujuh. Tercapai atau tidak? itu kekuatan yang harus ada dalam diri… setiap dugaan, cabaran dan permasalahan yang mendatang perlu di’tangkis’. Kalau tidak, ‘roda’ yang sudah terbabas dari jalan dikhuatiri akan jatuh ke ‘gaung’ yang lebih dalam… pasti sukar untuk mendaki.
Aku mahu pulang…