SBPA : Sudah Batal PAk! … Muktamad. itu keputusan yang telah diumumkan oleh PM kita.
Terjawab sudah isu yang amat tebal terbuku di hati para penjawat awam. Saban hari, isu Susah Bah Penjawat Awam ini pasti terselit dalam perbualan seharian. Pelbagai spekulasi dan ramalan dengan harapan memenangi loteri yang besar. Setakat hari ini, berdasarkan pengumuman PM – Datuk Seri Najib, adalah seperti berikut :-
1. SBPA dibatalkan / dimansuhkan dan SSM dikekalkan dengan penambahbaikan.
2. GAJI kakitangan awam diberikan pelarasan :-
– Gred 1 – 54 = 13%
– Gred Khas Jusa = 9%
– Turus 2 & 3 = 8%
– Turus 1 & KSN = 7%
*Nota : Struktur Gaji Matriks diubah kepada struktur Gaji Minimum – Maksimum (gred 1-54)
3. Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.
4. Elaun COLA dinaikkan
– Kawasan B = daripada RM 200 ke RM 250
– Kawasan C = daripada RM100 ke RM 150
5. Laluan Kerjaya (pendidikan) berdasarkan ‘tempoh masa’ 8 tahun kekal seperti yang dimaklumkan.
itu sebahagian intipati ucapan beliau… tetapi penjawat awam masih dibelenggu dengan banyak persoalan…
Soalan? pastinya bilakah TARIKH KUATKUASA pelaksanaan pelarasan pembatalan SBPA ke NEO-SSM?
Tunggakan Gaji? Peluang laluan kerjaya untuk penjawat awam bukan pendidikan ?
Penilaian Tahap Kecekapan? Peluang anjakan gaji? dan macam-macam lagi eh….
Kesimpulannya? tunggu sahaja Pekeliling rasmi yang akan dikeluarkan oleh JPA.
Kita tengok siapa yang kena?
p/s: Bah!