Assalamualaikum dan salam lebaran 1433H | 2012M yang bakal menjelang tiba,
Wah! Apa khabar warga maya dan semua orang. Hilang… bukan ghaib. Tenggelam, menyelam dan timbul. Fuh… Hati sentiasa gatal untuk menaip aka menulis di blog, tetapi ada misi – misi yang lebih penting. Benarlah, masa itu mencemburui kita. Khilaf sebagai seorang insan yang sentiasa terabaikan waktu. Walau pun begitu, langkah harus tetap di atur, setiap yang salah dan silap kita jadikan pengajaran. Merancang.
Back to the old school | Kembali ke sekolah lama… eh, Oh My English la brader… Berpisah dengan Galaxy Note buat seketika, masih mencari LCD+Digitizer OEM… Kejadian demi kejadian menimpa Che Note ni. Ades… Tapi sayang bangat sama dia. kekeke… aku merepek setelah usai sahur… lalala
Menunggu waktu dan akan bertolak balik ke kampung halaman, Kg.Jaya Bakti, Beluran. Aku berharap agar mesej aku jelas dan dibaca serta diambil perhatian oleh YAB PM kita. Aku sampaikan di blog 1Malaysia beliau berkenaan masalah bekalan air bersih (paip) yang tak kunjung tiba di kampung kami tu. 30 kali lebih Ramadhan dan Syawal, 6 kali lebih musim MENGUNDI… air hujan yang ditadah itulah yang menjadi bekalan untuk kegunaan kehidupan seharian… Sungai? tak ada harapan… bayangkan keperitan lebih 3 generasi yang terus hidup dengan cara begitu. Musim cuti sekolah dan perayaan pastinya setiap sebuah isi rumah akan penuh dengan kehadiran sanak saudara dari jauh dan dekat, tetamu yang datang juga tak terkira jumlahnya… daripada air mandian, cucian dan untuk makan dan minum… jawapannya… air hujan… TAPI SAMPAI BILA?
eh… Ini bukan bicara politik, tapi PERLUKAN PERHATIAN YANG SEWAJARNYA … oh ya… musim mengundi tak lama lagi kan? kekeke
Kalau mahu bercakap atau komen tentang jalan raya dari Kota Kinabalu ke Sandakan… wow! pastinya bertambah meleret lagi ayat ‘pengaduan’ aku yang lemak manis berkrim…
Bah… Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang, aku memohon kemaafan sekiranya ada kesalahan, kesilapan dan kerosakan yang berpunca dari aku… Maaf zahir dan batin…
Syawal akan tiba… sesuatu harus bermula… awal…
SELAMAT HARI RAYA AIDIFITRI ~