Kayuh! ayuh jangan mengeluh. Jauh memang jauh. Payah memang payah. Tapi aku tidak mahu kehilangan kamu. Tidak!
Kayuhanku semakin laju. Lopak dan jalan berbatu aku redah. Degup jantung sepantas adrenalin. Atap biru bumbung rumahmu sudah kelihatan dari kejauhan… sekecil syiling 5 sen.
“Laju mengayuh.. kamu mahu ke mana”, pakcik Robert yang sedang menyiram bunga menegurku sambil hos berair di acu-acukan keudara .
“Ke rumah Isabella pakcik… ada hal kecemasan!”, aku sempat melambaikan tangan dan mengukir senyum di bibir. Sempat aku melihat pakcik Robert menggeleng-gelengkan kepalanya.
~ bersambung…..
Pesanan Ringkas : Kayuh dan terus mengayuh sedang air mata bercucuran jatuh. Jiwa jangan dibiarkan rapuh walau hilang arahmu.
Kayuh dari awal ke akhir…