MANIS | DIA BUKAN KEKASIH AKU

kredit : Hana Tajima | www.stylecovered.com

Awak ingat lagi tak dengan saya?” jari telunjuk aku sentuhkan ke dagu, sambil senyuman dimaniskan semanis kurma dengan harapan si gadis manis di hadapanku ini akan dapat mengecam rupaku. Aksi separa Ultraman aku tadi yang tiba-tiba melompat dan terus menghadap gadis berwajah polos berhijab ini tadi pastinya membuatkan dia terkejut dan panik seketika. Nasib baik aku tak buat aksi tembakan laser hero kostum Jepun itu.

Maafkan saya jika awak panik sekejap. Saya bukannya seorang penjahat yang mahu buat jahat…” alamak! susunan ayat aku pun berterabur. Syukur si gadis memberikan senyuman dan tergelak kecil… wah! tersenggol rasa hati. Menawan… itu ringkasannya.

Mungkin kita pernah berjumpa … dan mungkin saya tak ingat bila kita pernah bertemu. Tapi… ” si gadis manis bertudung menuturkan kata-kata dengan suara yang… mmm… Terpikat. Itu rumusan yang paling tepat. Sekali lagi hati seorang lelaki seperti aku pasti tersenggol.

Oh… mungkin saya tersilap orang. Sekali lagi maafkan saya… Kalau macam tu saya pergi dulu. Maaf, kerana menjatuhkan aiskrim yang awak belum sempat jilat…aaa” aduhai! inilah akibatnya memotong ayat si gadis… sekali lagi ayat aku salah kosa kata. Si gadis menyenggetkan kepala, sambil tersenyum. Aduh… Tersenggol lagi!

Duit sepuluh ringgit ni untuk awak beli aiskrim… ganti aiskrim awak yang jatuh. Hati-hati berjalan. Jumpa Lagi. Assalamualaikum…” dengan pantas aku keluarkan not sepuluh ringgit dari dompet dan berikan kepada si gadis manis. Itulah gelarannya buat hari ini. Si gadis manis. Aku perlu segera menjauhkan diri dari situasi genting ini. Ya! Genting… sebelum aku tersasul.

Waalaikumsalam… duit bakinya macam mana bang?” Si gadis manis terpinga-pinga dan sempat menarik lengan baju aku. Orang ramai mula memandang ke arah kami.

Gadis manis boleh pulangkan bakinya bila kita jumpa lagi nanti…” parah! kenapa ayat gadis manis itu terkeluar dari mulut aku. Cepat-cepat aku berlalu pergi dan menyelinap di antara orang ramai. Merah padam… aku malu. Dari kejauhan aku beranikan diri untuk menoleh ke belakang. Si gadis manis melambai-lambaikan not sepuluh ringgit sambil tersenyum memandang ke arah aku. Sungguh! hati aku tersenggol amat hari ini.

kredit : Hana Tajima | www.stylecovered.com

~bersambung

Nota Ringkas : Nama si manis di atas Hana Tajima, pasti ramai yang tahu tentang dia. Untuk maklumat lanjut tentang wanita muda bertudung yang sudah menjadi isteri orang ini bolehlah ke www.stylecovered.com .

Pesanan Ringkas : Kecantikan itu boleh membuatkan hati tersenggol.

Nota Tambahan :

Entah kenapa post ini ‘ghaib’ / ‘hilang’ dari blog aku untuk beberapa ketika. Mujur ada google cache. Boleh salin dan tampal semula. Misteri….

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!