Tragedi 9-11 , satu kebakaran yang menggemparkan penduduk di sekitar Kota Kinabalu telah berlaku sekitar pukul 12.30 tengah hari Jumaat. Asap hitam yang berkepul – kepul ke udara boleh dilihat dari kejauhan. Kebakaran yang berlaku di Kedai Tayar Hiap Loong di Lido itu berlaku dengan pantas dan bermula dari tingkat atas bangunan kedai tersebut. Pihak Bomba masih lagi berada di tempat kejadian untuk memastikan api dapat dikawal dan tidak merebak ke premis berdekatan. Gambar ini di ambil pada pukul 12 tengah malam 10.11.2012. Lokasi kejadian masih lagi menjadi pusat tarikan ‘pengunjung’ yang datang untuk melihat sendiri kesan kebakaran.
Nota Ringkas : Dibakar, terbakar atau membakar… kebakaran.