Bahaya… membahayakan. Boleh sampai ke tahap mengorbankan nyawa. Fenomena air merah aka red tide kini melanda Sabah. Peristiwa ini berlaku secara bermusim apabila hujan lebat turun selepas musim kemarau dan kesan dari suhu rendah berpanjangan sepanjang musim hujan [a]. Air laut akan kelihatan berwarna merah kecoklatan akibat ledakan pertumbuhan dinoflagellate bertoksik kerana adanya pertambahan nutrien dalam air laut [a].
Dua kematian dilaporkan di Sepanggar, Sabah dipercayai akibat keracunan ‘paralytic shellfish poisoning’ (PSP) dengan tahap toksin yang tinggi. Oleh itu, adalah dinasihatkan agar semua warga Sabah terutamanya yang berada di pantai barat untuk tidak memakan semua jenis kerang-kerangan manakala ikan-ikan lain perlulah dibuang insang dan organ dalamannya serta dibersihkan dengan baik…..
Hari Sabtu lepas aku ada makan kerang. Kerang yang aku makan itu dibeli secara kering dalam beberapa bulan yang lalu (wooow). Lewat malam Sabtu itu, perut aku sangat meragam. Rasa mual tidak lagi tertanggung dan akibatnya aku muntah-muntah serta perut memulas dengan maha hebatnya. Maka jadilah aku penunggu tandas yang setia.
Seharian di hari Ahad aku tidak berselera untuk makan, ada sahaja bau yang kurang menyenangkan pasti membuatkan aku menelan air liur… untuk mengelak dari muntah. Demam juga aku jadinya. Lemas.
Tapi hanya aku seorang yang mengalami ‘bencana’… ahli keluarga yang lain ok jak pun… hahaha. Mungkin akibat di hari Sabtu tu aku tak mengisi perut dengan ‘jujur’ .. pergh… jujur… hahaha. Aku makan roti kosong (petang), Maggie(petang)… dari pagi perut kosong. Silap sendiri.
Kesimpulannya… JAGA DAN HARGAILAH KESIHATAN ANDA
Nota Kaki : Penat duduk mencangkung… bayangkan…
[a] Sumber