BALING BARU KENA!

Kalau tak baling macam mana nak kena? Tak kiralah bagaimana cara dan gaya kita membaling, objektif utamanya untuk mengenai sasaran. Jatuh banyak atau sikit, bergantung kepada pemboleh ubah yang ada. Bentuk buah kelapa, kekuatan balingan, permukaan muka bumi… atau sorakan penonton. Pokoknya anda harus mula membaling untuk kena.

Aplikasinya dalam kehidupan? Mulakan langkah untuk mencapai kejayaan atau kemenangan… atau pendekatan dalam aspek berbeza, mahu dapat ‘awek’ kena mulakan langkah…berhemah-tanya khabar, hemoh hemoh-kenyit mata, hampeh-siul dari jarak jauh… hampagas-skodeng… eh! Baiklah, kembali kepada mesej asal. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali… dua kali boleh…

Nota kaki: Aku belum cuci kaki untuk masuk tidur, merapu dalam kemengantukan.

Nota kaki kaki : Azam 2013? Habiskan yang 2012 dulu… hahaha.

Nota kaki tangan : Sampai tak mesej aku?

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!