BERANI | KERANA SAYANG…

Dia memecut laju. Keretanya sekejap dipandu ke kanan dan kiri, dipintas kenderaan lain yang baginya bergerak terlalu perlahan. Dia tetap fokus seolah menyertai perlumbaan formula satu. Kenderaan yang dikejarnya masih juga tidak kelihatan. Tiba-tiba bunyi hon lori yang kuat mengejutkan dia. Tersentak, dia menekan kuat pedal minyak untuk menambahkan lagi kelajuan keretanya dan kemudian berpindah ke lorong kiri. Lori itu memotongnya, kelihatan kelindan lori mengangkat kedua-dua tangannya ke atas… “apa pun tak boleh!“… mungkin itu maksud hayunan tangannya. Sekiranya dia lambat untuk memecut tadi pasti belakang keretanya akan dilanggar oleh lori yang memotong secara merbahaya dan kemudian cuba memaksa dia untuk ke lorong kiri dengan merapatkan kepala lori. ‘Ciuman dari belakang’ amat merbahaya. Hairan, kelajuannya sahaja tadi sudah mencecah ratus, pasti lori itu dipandu beratus kali kelajuan di jalan yang sibuk ini.

Dia kembali memandu dengan tenang. Nafas diatur seperti pesan guru silatnya dahulu. Sekiranya kita mahu bertenang, bernafaslah dengan betul. Hirup udara dan hembuskan pada kadar waktu yang sekata. Jangan pula lupa untuk mengambil wudhu, kerana itu akan dapat membuatkan kita lebih tenang. Ketuk!. Sudah, jangan berkahayal. Dia menggaru kepalanya, bayangan dan ingatannya terhadap guru silap tadi diakhiri dengan satu ketukan dari guru silat berjambang itu. Pelik… dia terasa sakit di kepala…

Hatinya berkecamuk. Terkejut. Memang dia sudah menjangka perkara ini pasti akan berlaku, tetapi dia masih tetap dalam keadaan terkejut dan gembira. Kini dia semakin hampir ke destinasi. Kenderaan yang dikejar tadi sudah kelihatan dan diparkir di hadapan bangunan itu. Laju juga pemandu Ambulans itu membawa pesakitnya… ~potong

Alhamdulillah… selesai.

sayang emak

nota kaki: Pengorbanan seorang ibu amat besar. Hati ibu jangan disakiti. Sayang emak.

emmmak!” Adam memanggil ibunya. Ibunya isteri aku. Secara automatik jika anda menyayangi ibu, anda hendaklah mengasihi isteri … kerana dia juga telah berkorban… dia juga seorang emak. Sayang emak.

nota kaki-kaki: kisah di atas terpakai untuk mereka yang berkejar untuk ke hospital untuk menyambut kelahiran cahaya mata.

Nota kaki panas: Kepada mereka yang membuang bayi, menganiayai bayi dan kanak-kanak serta tidak bertanggungjawab. Sila buktikan anda seorang MANUSIA dan bukannya seekor BINATANG.

 

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!