Assalamualaikum… Salam sejahtera buat sekalian warga alam. Selamat tahun baharu… tahun baru… 2013. Pejam celik tidur bangun, akhirnya kita di permulaan awal tahun kembali. Ya, permulaan satu kitaran dan satu pusingan yang kerap kita harungi di sepanjang kehidupan lalu dan akan datang. Bagaimana dengan 2012 yang telah berlalu pergi? pastinya penuh dengan warna warni dan suka duka… dan ada yang terluka, sengsara dan merana. Memang… itu lumrah coretan hidup. Yang baik tak datang bergolek, yang buruk tak jatuh menimpa… mahu lawa tak semestinya bersolek, mahu kacak tak perlu ada rupa. Hahaha… mula sudah aku merepek.
KOSONG. Aku bermula dari kosong semula. Berpindah ke persekitaran dan menggalas kerja di tempat baru. Mengejar klimaks, mencari konklusi. Berat hati dan sebak untuk meninggalkan tempat lama, tetapi hijrah itukan sesuatu yang harus. Esok, bermulalah satu lagi kembara dan perjalanan karier yang pastinya banyak dugaan dan cabaran. Itu pasti menarik. Bermula dari bawah semula. Mendaki.
2013… aku cabar kau!
p/s: Mimpi yang pasti…