Sana sini orang sibuk bercerita tentang RCI:Pendatang Tanpa Izin… ayuh fikir!
1. Siapa yang mahu mengaut untung serta hidup gaya GANGNAM? dan mengupah PTI untuk kerja-kerja yang sebenarnya boleh dilakukan oleh orang tempatan dan BOLEH BUAT SENDIRI… cuci kain, masak,kemas rumah pun suruh pilak dengan om! silap2 haribulan berak pun mahu dicebokkan… Tapi bukan main lagi ‘menyalak’…(ok..agak sedikit kasar… provokasi). Tengok sahaja di kedai, pasar, gerai, restoran dan kompleks membeli belah serta ladang-ladang… apa yang ada? OMdanPILAK STYLE!
2. Ok… ada yang jawab, orang tempatan ni susah sikit… mahal dan tidak pandai kerja (pergh!) INI SEMUA POYO!!! Masalahnya pada mentaliti. Berbalik kepada perkara pokok tadi… mahu hidup gaya GANGNAM! jahanam… silangkan tangan dan menari lagak menunggang kuda… moral? Perkataan mudah… ORANG KITA ada yang mahu hidup senang, bermewah dan bermegah… kalau boleh mahu goyang kaki, biar orang lain yang buatkan kerja. Jawapan mudah… ada juga tu pilak sama si om… Wei.. kalau macam tu tak payah mendabik dada berjuang ‘bermati-matian’ pasal PTI ni.. Baling batu sembunyi tangan… pergh!
3. MARUAH BERKUAH RASUAH, ramai sangat ORANG KITA sendiri yang sanggup MENJUAL MARUAH NUSA, ok aku mudahkan ayat… MENJUAL INTEGRITI … masih susah… MAKAN SUAP dengan memberikan ruang, peluang dan kesempatan kepada PTI ini untuk bermaharajalela di TANAH TUMPAHNYA DARAH KITA ini. Mudah sangat menerima habuan untuk melepaskan, meloloskan dan membiarkan golongan yang semakin ‘membiak’ dengan hebat ini. (agak kasar… aku tahu mereka juga manusia…). Adakah mereka tidak terfikir bahawa hanya kerana suapan / duit kopi yang diberi itu tadi telah menyebabkan masuknya atau berleluasanya masalah sosial serta jenayah.. eh! takkan nak tunggu kau sendiri dirompak, dibunuh atau ada dikalangan keluargamu dirogol… hanya kerana kejahilanmu sendiri?
4. BUSUK HATI… kau yang salah, aku yang betul… dia yang benar, si dialah yang paling hebat. BERHENTI! amat mudah kita diperkotak-katikkan dengan kuasa, politik dan propaganda. Kalau BIJAK tidak perlu terpekik terlolong menyebarkan sesuatu perkara yang belum tentu kesahihan dan kebenarannya. Sejak akhir-akhir ini, perbezaan fahaman politik, bangsa dan agama sering ‘diperjudikan’ untuk menjadi batu loncatan kepada timbulnya huru hara, ketidak tenteraman, perselisihan dan keuntungan sesetengah pihak. Kenapa kita perlu bercakaran sesama kita? elok lagi cakar tu PTI… HANTAR PULANG! nampak PTI berkampung di mana-mana atau memulakan penempatan haram, buat laporan… sebarkan. Itu lagi HEBAT!
5.BETUL… memang sakit mata dan hati bila berjalan atau bersiar-siar bersama keluarga di bandar atau dimana pun… ada sahaja kelibat PTI ini yang memenuhi ruang… Eh… kita ni tinggal di SABAH atau FILIPINA atau IRIAN JAYA? soal keselamatan dan keseronokan… hilang begitu sahaja… KITA KETAKUTAN DI TANAH SENDIRI…! macam ada apa dengan cinta?!
6. Keluasan Korea Selatan = 100 210 km2 , keluasan Sabah = 73 631 km2 … cuba fikir dan renungkan… DIMANA SILAP KITA?
a) CINTA SETIA PADA TANAH TUMPAHNYA DARAHKU?
b) SEMANGAT NASIONALISME DAN PATRIOTISME?
c) KEBERGANTUNGAN?
d) MELUKUT DI TEPI GANTANG?
e) GANGNAM STYLE?
7. AYUH! AYUH! AYUH!… sedar dan bangunlah wahai warga Tanah Tercinta ini…
nota kaki: Ini bukan kempen politik…
aku sudah mengantuk dan aku mahu tidur… aku tidak perlu didodoikan oleh PTI untuk tidur.