KATEGORI?

kategori

Kategori? Adakah kita menjalani hidup berdasarkan kategori? Setiap pilihan pasti punya kategori. Pengkelasan sosio budaya berdasarkan pengertian dan fahaman ortodoks. Selalunya pengklasifikasian yang terbuka menjadi satu paradoks. Berbeza? bersedia untuk menerima kritikan, fitnah, cercaan dan pandangan serong umum. Penggolongan itu hak setiap manusia, tetapi jangan lemas dalam kubikel sempit yang berdindingkan fahaman politik, ketaksuban agama, ideologi dan darjat tanpa mempertimbangkan kesejagatan.

tamat nota serius:

Bulan Februari di hari ke enam, pantas bukan masa berlalu? Sungguh benar kita alpa bila berkira soal masa.

Banyak perkara yang harus dipelajari dan diperbaiki. Ada projek yang tertinggal dan perlu dikejar. Ada prospek yang perlu dicapai. Itu misi.

Sarat dengan kehendak, harap tidak lari rentak, tidak juga hati membentak, belum bengkak…

nota kaki:

sudah basuh kaki.

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!