Uhuk… Uhuk… Uhuk… Batuk. Entah kenapa bunyi batuk dieja dan dibunyikan sedemikian. Lain macam sahaja bunyinya. Ada juga yang dieja sebegini… Kof… Kof… Kof… Pelik bukan.
Baiklah, bukan isu ejaannya yang aku mahu ceritakan, tetapi musim sakit… Kata orang sekarang ini musim demam dan batuk. Mungkin kerana hujan yang turun lebat tidak menentu dengan cuaca panas yang silih berganti. Kalau ada salji, mungkin akan ada musim lain… Hahaha… Eh, kenapa bunyi ketawa dieja sedemikian?…
Ya… Aku juga sedang mengalaminya… Kerana aku seorang manusia dan bukan Superman atau Boboiboy…
Demam, batuk dan hingus meleleh. Tekak pula gatal, segatal seperti selepas menyanyikan lagu nyanyian Mus May dan Victor yang bertajuk Hatiku Kekal Padamu sebanyak lima kali.
Malam semakin lewat. Ada perkara lain yang harus diselesaikan. Oh bukan… Aku bukan hendak pergi berkaraoke untuk menyanyikan lagu itu. Perkara yang harus diselesaikan itu ialah tidur. Selesaikan tidur dan baru boleh mula bangun… Hehehe… Eh.
Nota tangan: Aku tetap orang.