Kenapa perlu panjat pokok kelapa untuk minum air kelapa? Memang tidak perlu panjat jika ada penjolok / pengaitnya… Lebih hebat lagi jika ada ‘kera’ yang boleh dikerah untuk memetik kelapa…tetapi itulah antara proses untuk mencapai atau menikmati sesuatu… perlu ada usaha, komitmen dan kecekalan.
Bagaimana pula dengan kera? Andaikan sahaja itu adalah kelebihan bagi mereka yang mempunyai kemahiran untuk melatih dan bersabar dengan ragam si kera dalam proses latihannya. Harga kera juga tidak murah. Penjagaan dan pengurusan kera juga perlu diambil perhatian.
Menjolok juga bukan perkara mudah. Peralatan pertama yang paling penting adalah penjoloknya. Jika pendek, tidak sampai… tenaga untuk mendongak dan memegang penjolok juga bukan seperti jumlah tenaga yang diperlukan untuk duduk menghadap televisyen.
Nah… lebih mudah bukan jika kita memanjatnya sendiri atau jolok sahaja jika punya kudrat dan peralatan yang sesuai.
Bergantung kepada kemampuan dan kemahuan.
….
Nota tangan : Pencapaian… dimana letaknya? tumit, lutut, pinggang, dada atau kepala… fikirkan.