Jatuh+Rosak+Sifar

Ada waktunya kita akan diuji dengan pelbagai dugaan pada ketika yang tidak diduga. Rintangan juga mungkin akan datang secara ansuran atau ‘lump sum’ dalam satu tempoh yang amat mencabar. Keadaan di waktu sedemikian pasti akan menggugat jiwa, hati dan rasa.
Hanya bersabar dan tawakal dengan ujian yang diberikanNya.
Inilah masanya untuk merenung dan menilai perjalanan hidup, menghitung amal dan kebajikan… Merangka dan mengatur perjalanan yang baharu… Bangun dari kekhilafan. Sedar dari kejumudan.
Kejayaan pasti akan menjadi lebih berharga dan menyeronokkan setelah kita berjaya dari kegagalan dan kepayahan.
Jatuh dan rebah.. Kita kena terus bangun dan mara… Mara dan terus mara…

Kerana dirimu begitu berharga…. Eh…

Nota tangan:
Encik Komputer telah meragam dengan hebat sekali… Usianya sudah menjangkau lebih 6 tahun…

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!