11072013 | Bila Ramadhan Menjelang

rakaman-sketsa-radioAlhamdulillah… Selesai 1 hari Ramadhan 1434H . Masuk hari ke 2. Ramadhan kali ini sangat berbeza berbanding  tempoh 9 tahun yang lalu. Suasana, keadaan, masa dan tempat yang baru, menjadikan pengalaman atau cabarannya     unik serta mendebarkan. Jujur… aku rindu dengan suasana dan rakan taulan di tempat kerja lama. Memori itu indah, mengusik jiwa….

Sahur seawal 4 pagi. Adam juga teruja (kelmarin), dia bangun lebih awal, tetapi hari ini dia lena dalam tidurnya.

Hari ini syif petang, tetapi disebabkan ada urusan awal di pejabat, aku perlu turun seawal 8 pagi. Oleh itu, aku akan bermastautin di pejabat sehingga malam nanti… Kalau berkesempatan, aku akan balik ke rumah untuk berbuka pada petang nanti. Lagi pun hari ini, hari istimewa Puan Cinta. Ya, hari ini hari kelahiran mama Adam yang ke 17+… hehehe

Alhamdulillah… selesai rakaman sketsa radio hari ini. Banyak lagi yang perlu dipelajari dan diklimakskan. Aku kategorikan diri aku sebagai pelajar pra sekolah dalam bidang ini. Masih hijau.

Sangat beruntung. Kali ini aku dapat bekerjasama dengan kak Dayang Hasnah Ibrahim. Banyak nasihat, teguran dan pengalaman yang beliau kongsikan, antaranya pengalaman beliau semasa berlakon di dalam telefilem dan drama bersama dengan pengarah dan artis-artis terkenal tanah air. Juga serba sedikit kisah hidup beliau yang aku kira dipenuhi dengan pelbagai cabaran yang mengujakan. Siapa beliau? Beliau merupakan seorang pelakon telefilem, drama tv dan radio yang dikenali di Sabah…. gugup juga aku dibuatnya.

Pengalaman itu sangat berharga.

Nota hujung-hujung:

Aktif semula berblog! Jiwa kena hayati… dalami.

Bila buat entri yang ini, aku teringat satu entri yang lebih kurang… Rezeki Ramadhan juga ~_^

http://www.budakhutan.com/2009/08/hikmah-ramadhan-di-ambang-merdeka.html

oh ya..ini butiran tentang sketsa radio tu…

Tajuk : Bila Ramadhan Menjelang

Penulis : Pn. Jabaah Hj. Ismail

Aku kena rajin-rajinkan jari jemari untuk mengetuk papan kekunci dan mula semula menulis skrip…

Bagaimana pula dengan manuskrip? kena tekad… bermunajat.

baiklah… Selamat berpuasa.

 

 

 

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!