7 Hari Mencintaiku …

beach33-scenery-wallpapers

Ku bermimpi berdiri atas air biru jernih ,bayu bersih tolong meniup pasir putih. Kita boleh duduk situ, pencil, terasing. Hanya kita berdua, hanya masing-masing. Layan ombak biru yang turun naik bergulung. Pegang-pegang tangan, senyum, termenung. Kita boleh buka cerita jenaka, bercanda. Boleh mabuk asmara, tunggu cinta melanda Boleh bercengkerama, bermanja-manjaan. Boleh bermadu kasih, bercumbu-cumbuan. Janji, tiada mata jahat yang memerhati. Di sini susah hati, di situ kita bermimpi

Mentari iri hati, kita miliki siang. Burung pemburu cemburu bersiul dan terbang. Awan tembam faham, terpegun dibiar kita asyik mengelamun dengan tekun.  Lepas kejar-kejar boleh bina istana pasir. Boleh jadi anak kecil, main sampai malam. Hampir tiada konspirasi, penaja di situ. Kita bebas kita kita, kita raja bulan madu di syurga. Mana lebih sempurna kanda dan dinda, hanya kita berdua. Janji, tiada mata jahat yang memerhati. Di sini susah hati, di situ kita bermimpi

Tropical_Sunset_by_descovery

Di situ ada hutan agar laut tidak sepi. Kumpul ranting buat unggun api untuk pikat berjuta bintang dan juga si purnama agar nampak kita dan bersaksi. Kita boleh ketawa, bertepuk dan menyanyi. Boleh berpeluk, bersayang dan berjanji. Boleh lepas geram, kira sampai tiga dan jerit tiada siapa yang peduli. Apa kata cerita hantu sambil teman unggun api. Seram peluk, geram cium pipi jom cerita hantu. Temani unggun api seram peluk, geram cium pipi

jom, (ayuh) pergi jauh dari sini. Di sini susah hati , di situ kita bermimpi
jom, (ayuh} pergi jauh dari sini. Di sini susah hati , di situ kita boleh bercanda di pasiran pantai dan lupakan hiruk-pikuk kota. Kita boleh bercanda di pasiran pantai, bersama kita bermadu asmara.

Di situ kita jadi penunggu mentari naik. Di situ kau isteri, kekasih dan teman baik. Di situ kita kembali mengenal masing-masing. Di situ kita tidak lagi asing. Di situ bukan kau, di situ bukan aku ….di situ kita satu

nota jari~

Sebenarnya ini lirik lagu Pergi Jauh – Malique Ft Elvira…

Bila dibiarkan lagu-lagu di telefon bimbit dimainkan sambil buat tugasan dan lagu ini menarik perhatian aku untuk diputarkan semula… ~_^

Selesai membaca 2 buah novel dalam tempoh seminggu ini..

7 Hari Mencintaiku – Karya Siti Rosmizah (tebal ooo… 1048 muka surat)

Cinta Tak Berdusta – Fateen Najwa

Oh ya… kenapa tajuk entri 7 hari mencintaiku? mungkin sebab hari ini 7/7/2013 … hehehe

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!