Wasatiyyah… boleh disimpulkan sebagai adil, sederhana, pertengahan, berimbang dan berhemah serta tidak melakukan sesuatu secara berlebihan atau melebihi batasan. Dalam konteks agama Islam, ianya merujuk kepada pelaksanaan Islam secara adil, berhemah dan diplomasi berimbang tanpa mengabaikan kemajmukan anutan dan bangsa. Tidak boleh syiar Islam itu dimanipulasi secara ekstrem untuk menghalalkan cara bagi menindas atau melakukan kezaliman kepada sesiapa.
Bersederhana dan toleransi itu tidak bermaksud melemahkan atau tidak kuat. Tetapi melalui keseimbangan yang berlandaskan batas-batas yang tidak taghut akan membolehkan jalinan ukhwah sesama umat manusia akan lebih harmoni.
Tidakkah membuat kebaikan itu akan lebih menegakkan syiar Islam? Di mana kebaikannya jika masyarakat Islam bersikap sinikal dan sarkastik? Bolehkah dijadikan contoh sekiranya kelancangan tutur bahasa diisi dengan sumpah seranah dan tindakan berpaksikan kekasaran? Wajarkah melakukan penindasan atas alasan Islam itu agama yang baik dan benar? Islam itu tidak seharusnya dijadikan sesuatu yang dogmatisme.
…. Islam itu indah dan sempurna… usah dirumitkan.
Nota jari:
Agak Islamik isi blog pada awal pagi ini… tetapi harapnya ia tidak berlebihan.
Usai Subuh, tiba-tiba terlintas tentang ‘pergolakan’ dan ‘kepincangan’ antara fahaman, kepercayaan, anutan dengan bangsa, kaum dan keturunan di seluruh dunia. Mungkin itu fitrahnya manusia.
Kenapa harus hidup itu disulami dengan kebencian?
Bukankah elok sekiranya ia diselimuti dengan kasih sayang?
seperti…
Saya Sayang Awak…