Gelongsor | Masa Pantas Berlalu

Adam - Gelongsor

Adam – Gelongsor

Sungguh… Memang terasa masa itu pantas berlalu. Jika diukur berdasarkan kuantiti jam, minit dan saat, perbezaan masa itu terlalu signifikan.

Jika waktu di hitung berasaskan kejadian siang dan malam. Sama… waktu itu tetap silih berganti.

Gelongsor waktu mungkin semudah teori ‘wormhole’. Sesuatu yang relatif dan infiniti. Dimensi masa yang kebarangkaliannya menghasilkan paradoks.

Relung masa yang kita yakini sebagai masa lampau mungkin bersilang pada satu titik pertemuan di garis masa hadapan. Koheren. Ya… mungkin sahaja kejadian yang berlaku adalah bersangkut paut. Saling berkaitan dan mempengaruhi seolah impak domino.

Bagaimana jika teori gelongsor masa itu sesuatu yang hakiki? Serta peringkat waktu dan masa saling berloncatan tanpa ritma sehingga menghasilkan beberapa kejadian yang agak unik dan menarik serta telah menjadi sebahagian daripada kemajuan peradaban dan tamadun manusia.

Kronologi perkembangan tamadun dan kemajuan peradaban manusia saling melangkau masa… Kewujudan teknologi, infrastruktur serta sistem moden yang pintar terbukti mustahil dari segi binaannya.

Adakah kita yang hidup di masa lampau dan mereka itu di masa hadapan? Teori keterbalikan yang disebut pendokong ‘pemikir masa’.

Walau apa pun teori dan cadangan, hakikatnya ketentuan Qada dan Qadar Tuhan itu lebih benar.

Alam masih dipenuhi misteri.

nota x-files :

ok… entah kenapa aku menulis topik di atas… Tetapi kerana mungkin persoalan itu wujud…

Sudah masuk hari ke 20 Ramadhan, pejam celik pejam celik hampir ke penghujung bulan yang mulia ini… pantas bukan?

Tengok di ATM duit berbaki belanja seminggu… ~_~… Mengalir deras belanjawan.

Lisa… tolonglah abang, jangan meragam lagi ya… Sudah hampir sepuluh tahun kita bersama.

Lisa… Lisa tak sayang abang lagi ker? Ala… menci tau…

kekeke…. kereta oh kereta… waktu-waktu macam ni jugalah merajuk…

Lisa = Kelisa… harap maklum… jangan buat parodi sudah!

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!