Jumaat | “Jangan Lupa Cu…”

Pak Haji Memandang“Jangan lupa cu… Hidup kita didunia ini hanyalah sementara. Segala apa yang kita miliki tidak akan kekal selamanya….”

“Setiap perbuatan yang jahat dilakukan ke atas kita, janganlah kita balas dengan kekejaman… kalau dibalas, maka samalah kita seperti mereka yang melakukan kejahatan”

“Berbuat baik kepada semua makhluk Allah”

“Sentiasalah membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan memerlukan pertolongan, kerana entah mungkin esok dan lusa tiba hari kita pula yang memerlukan pertolongan”

panjang lebar pesan tok abah kepada Boboiboy. Boboiboy yang sedang menikmati kelazatan minuman koko tok abah mengangguk sambil matanya sempat melihat kelibat Yaya yang sedang menghampiri gerai tok abah dengan sebalang biskut di tangannya. Gopal terlebih dahulu menyembunyikan diri di sebalik kaunter gerai tok abah.

“Kebenaran tidak pernah gentar kepada kejahatan!”

“Kegelapan pasti akan diterangi dengan cahaya kebenaran!”

“Setiap yang benar pasti akan dapat menumpaskan segala musuh yang durjana!”

Papa Zola yang entah muncul dari mana secara tiba-tiba berdiri di atas kerusi sambil melaungkan sloga kebenaran.

….  hahaha, demam Boboiboy lah pulak… ini bukan adegan episod baru dalam musim ketiga Boboiboy… hanya sekadar imaginasi bapa si Adam.. ~_^

Baiklah

Salam Jumaat buat semua umat.

Entah stesyen minyak mana lagi yang akan menjadi sasaran ‘pemburu minyak diesel’ di Sabah ni. Semalam sahaja ada beberapa buah stesyen minyak yang diserang oleh pemilik kenderaan yang dahagakan diesel. Maksud aku diserang ialah barisan-barisan panjang untuk mendapatkan minyak diesel. Bekalan diesel di daerah Kota Kinabalu ini dikatakan sedang kekurangan dan stok adalah terhad.

Kalau sehingga sebelum Aidilfitri perkara ini masih berlaku… nah… bagaimana bas-bas yang akan bertolak ke Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Semporna dan yang sewaktu dengannya? adalah yang beraya dengan berpiket di stesyen minyak… kekeke

Kalaulah bekalan petrol pula yang kurang atau habis… pergh! pasti jalan raya kurang sesak dan tauke kedai basikal tersenyum lebar.

nota Jumaat:

Susahkan utuk membuat kebaikan? … sekurang-kurangnya senyum… senyum itukan elok..

tapi janganlah malar senyum sampai awek yang lalu lalang naik syak dengan ketidakwarasan atau gentar dengan teknik mengorat tahap ke 99 itu..

nota foto:

Gambar seorang pakcik berkopiah yang sedang meronda-ronda tamu hujung minggu di Gaya Street. Serius pakcik.

 

 

 

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!