Terliur! kombinasi rasa yang selalu mengalahkan kita… dicampur dengan sambal belacan, jawapannya muktamad… tambah satu piring lagi!.
Mangga dan lada, berbeza rupa, warna, bentuk dan rasa. Walau berbeza tetapi dengan ramuan dan adunan yang sesuai ianya menjadi mantap. Melengkapi.
Kenapa pula kita tidak begitu? Ada sahaja masalahnya. Perbezaan dan konflik seolah menjadi kombinasi pilihan. Kebaikannya? hanya membawa padah kepada keseluruhan.
Monopoli dan kesepakatan untuk terus menjadikan yang berada lebih terus keberadaan. Yang papa terus dihimpit kepapaan. Sedih. Golongan majoriti yang dihimpit minoriti. Jelas.
Monopoli kaum tertentu di dalam pelbagai sektor sangat ketara. Mujur ada langkah pencegahan dan syukur ada yang masih beringat sebelum terus terpinggir di tanah tumpahnya asal.
Punca? Penyatuan… Hilang keCintaan peri asal. Malas!
ah… cukup…
nota dup dap dup dap :
sebuah rumah yang asalnya dimiliki oleh pasangan tua. Tinggal bersama anak mereka dan beberapa orang anak angkat yang lain. Masa berlalu dan pasangan tua itu meninggal dunia. Si anak dan adik beradik angkatnya bersedih dengan pemergian itu.
Apabila mereka menginjak dewasa, si anak bermalas-malasan kerana tidak perlu dia bersusah payah kerana dia menetap di rumah peninggalan ibubapanya… manakala anak angkat yang lain berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan pendidikan yang baik.
Sampai tiba waktu, si anak sangat terdesak… dengan hanya kelulusan di tahap minima. Dia tidak mempunyai apa-apa pekerjaan untuk menanggung diri apatah lagi keluarganya. Ya, dia kini beranak pinak. Disebabkan kesusahan itu, dia terpaksa menjual rumah pusaka itu kepada saudara angkatnya yang kini telah berjaya dan mempunyai empayar perniagaan.
Atas dasar belas ehsan selepas dirayu berkali-kali oleh si anak, saudara angkatnya bersetuju memberikan dia tempat tinggal di bawah kolong rumah pusaka itu…
Si anak hanya mampu termenung dan mengenang nasibnya yang malang…
sekian…
CATATAN TUN MAHATHIR:
Adakah Bumiputera dan Melayu terlalu dilindungi selama ini sampai tak boleh bersaing apabila buka pasaran?
Kita belum matang lagi. Nak memalukan Bumiputera kerana mereka masih perlu perlindungan, itu bukan cara baik.
Kita tahu kalau kita bagi RM1 juta kepada seorang penarik beca, apakah dia akan dapat menguruskan RM1 juta ini dengan baik berbanding kalau kita bagi RM1 juta ini kepada orang yang pakar dalam bidang pelaburan?
Kita tidak harus rasa malu.
Ada Bumiputera yang berjaya. Sila buat audit kalau kita kata kita kena buka perolehan kerajaan kepada sesiapa sahaja tanpa ambil kira Bumiputera ataupun tidak.
Sektor swasta (selama ini) ada buka? (Syarikat) yang buat bangunan, yang meniaga, mereka ada buka bagi Bumiputera? Mereka tak pernah nak bagi kontrak satu pun.
Jadi kalau kerajaan punya pun kita tak bagi kepada Bumiputera, (swasta) tak bagi langsung kepada Bumiputera,
Bumiputera nak dapat apa? Kita ada kebolehan, tetapi masyarakat dunia ini ada yang kaya ada yang miskin. Jadi kita nak suruh orang miskin bersaing dengan orang yang kaya, cekap, pintar?
link~http://www.sinarharian.com.my/wawancara/tpp-hak-sama-keupayaan-berbeza-1.185382