Melangkah | Berdiri Tegak Kita Tak Akan Maju

Langkah - Tersilap Langkah

Langkah – Tersilap Langkah

“Aku rasa macam aku sudah tersilap langkah…” mendatar suara Amri. Kepalanya disandarkan di meja komputer. Dihantuk-hantukkan kepalanya perlahan ke papan kekunci. Aksara dan simbol bersilih ganti dipaparkan.

“Aku sudah salah langkah!” sekali lagi Amri bermonolog sendirian. Kali ini tetikusnya menjadi mangsa. Diketik-ketik dan digelongsorkan ke kiri dan ke kanan. Mujur bukan tikus sebenar.

Matanya dipejamkan. Nafasnya dihembus perlahan.

Amri mendonggakkan kepala sambil bersandar ke belakang. Dia cuba mencari ketenangan. Jari jemarinya disilangkan dan kemudian diletak di dagu lagak gaya seorang pemikir hebat. Digosok-gosok dagunya yang sedikit berjanggut.

“Pasti ada jalan”

“Masih belum checkmate…”

“Aku mesti terus melangkah”

“Kalau aku terus berdiri tegak dan menangisi kesilapan, aku tak akan maju… masalah itu sentiasa ada!”

“Bangun Amri… Bangun! Belum terlewat!”

Kata-kata semangat itu ditulisnya di atas beberapa keping kertas. Terdapat juga lukisan-lukisan di setiap ayat motivasi itu. Di sebelah kanannya ada lukisan berbentuk Doraemon…

“Nobita… Nobita… Awak ok ker?”

“Pintuuu sukaa hatiii…” spontan Amri meniru gaya percakapan Doraemon yang telah dialih bahasa.

Dia tersenyum sendiri. Sesuatu terdetik di mindanya.

Idea datang mencurah-curah.

Segera dilakar dan dicatat ilham yang datang.

Terima kasih Doraemon!….

…bersambung….

nota aku:

Tersilap langkah… itu lumrah. Daripada kesilapan kita belajar mengenai usaha. Tanpa usaha kita tak akan kecapi kejayaan. Terus melangkah.

2 Responses to Melangkah | Berdiri Tegak Kita Tak Akan Maju

  1. adarain says:

    lumrah manusia tak pernah dari kesilapan, amik kesilapan sebagai pengajaran..

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!