Senyum | Saya Sayang Awak

Adik Comel - Senyum

Adik Comel – Senyum

“Malulah… Nanti mak tahu!” Maya membuat muka 50 sen, lebih sedikit dari buat muka sepuluh sen. Pandangannya dilarikan daripada merenung tepat ke mata Amri.

“Kenapa pula awak nak malu? Bukan ada orang lain pun… Saya seorang sahaja yang nampak kan…” Amri cuba memujuk Maya.

“Bolehlah sayang… Awak tak sayang saya? Kalau macam tu… tak apalah… “ Amri berpura-pura merajuk.

“Awak… bukan saya tak sayang awak.. tapi… saya…” tersekat ayat yang cuba ditutur Maya. Dia memandang jejaka yang ada disebelahnya itu. Hatinya berbelah bagi untuk menurut permintaan buah hatinya itu.

“Tak apa… saya faham. Saya tak akan paksa awak untuk buat sesuatu yang awak tak mahu…” perlahan Amri memintas ayat Maya.

“Baiklah… saya akan buat kali ini… untuk awak” Maya pula cuba untuk tidak menghampakan permintaan Amri.

“Tunggu sekejap… saya nak ambil gambar awak” ceria nada suara Amri apabila permintaannya dituruti.

“Senyum… Saya sayang awak” Amri terpegun melihat kejelitaan wanita yang dicintainya itu.

Maya memberikan gaya dan senyuman untuk rakaman lensa Amri. Perasaan malunya tadi untuk bergambar di khalayak ramai berlatar belakangkan Hagia Sophia atau dikenali sebagai AyaSofya dikalangan masyarakat setempat di Istanbul telah hilang. Sekadar untuk memberikan senyuman untuk suami tercinta… pastinya boleh.

Amri yang tergelak kelucuan melihat aksi isterinya itu segera merangkul pinggang Maya dan mengucup dahinya.

Senyummm… Saya Sayang Awak…

nota :

Perkahwinan itu suatu perjalanan bersama yang membahagiakan.

 

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!