Sesat? Pernah atau tidak? Itu pengalaman berharga. Kehilangan arah kadang membuatkan kita serba serbi tidak kena. Takut, panik, risau dan macam-macam lagi emosi yang dirasa. Semuanya jadi tidak menentu. Lebih-lebih lagi jika sesat di kawasan yang asing dan kita tersekat tanpa sebarang kemudahan atau kelengkapan yang boleh digunakan.
Begitu juga dalam kehidupan. Kadang kala kita kehilangan arah dalam kehidupan. Pelbagai perkara yang berlaku di luar kawalan dan masalah bertimbun menimpa-nimpa. Kekangan demi kekangan terus menghimpit dan diri mula menjadi buntu. Segalanya kelihatan sangat gelap dan semua jalan kelihatan kelam. Ke kiri, ke kanan dan mundur pun ada gaung atau jurang yang menanti… Yang tinggal hanya pilihan yang sentiasa ada dari awal, mendongak ke atas dan memohon pertolongan dari Yang Maha Esa…
Doa harus diiringi usaha…
Gaung dan jurang harus juga diharungi untuk terus maju ke hadapan. Jika tidak, kita akan terus tersekat dan mungkin boleh ‘koma’ atau hanya menunggu masa untuk pergi. Betul… gaung dan jurang harus kita harungi dengan berhati-hati… sekiranya tidak, kita akan jatuh. Perlahan-lahan dari setapak ke setapak kita melangkah. Kita harus maju kehadapan.
Teliti setiap pilihan yang ada. Pertimbangkan segala laluan dan risiko.
nota sikit:
Eh… tiadalah…hehehe