Syukur ada sedikit kelebihan dan kenaikan dalam pendapatan. Alhamdulillah, masih cukup untuk mengalas perut sekeluarga dan menyediakan keperluan yang penting untuk si kecil. Mujur ada talian hayat yang boleh membantu meringankan beban.
Ya… Bila diceritakan sahaja perkara berkaitan wang, ada yang mula menepuk dahi, termenung dan mengeluh. Kehidupan di alaf ini banyak berkisarkan wang. Tanpa wang kita sering dikaitkan dengan kehidupan yamg merana dan sengsara.
Di mana mahu mencari duit lebih. Perniagaan itu jawapan yang hakiki. Takkanlah kita mahu merompak bank. Wang halal, pasti berkat dan nikmat hasil usaha dan keringat kita sendiri.
Sudah banyak perkara yang aku sendiri cuba dan ceburi semata-mata untuk mendapatkan sedikit wang lebih untuk diri, keluarga dan masa hadapan. Seringkali percubaan dan eksperimen itu menemui jalan buntu, tersekat atau ada sahaja halangan yang menimpa. Setiap daripadanya juga memerlukan modal dan sumber kewangan untuk memulakan dan menjalankannya. Risiko dalam perniagaan, ada untung dan rugi.
Lumrah. Harus bersusah-susah dan berusaha keras untuk kecapi kejayaan. Jangan pernah mengalah.
Nota duit:
jangan sahaja menjual diri…