Patriotisma | Luntur Dek Masa ?

Patriotisme atau patriotisma? cuba sebut… bakukan dan lihat kesesuaian sebutan dan ejaannya… rumit?

Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara…perkara ke 2 dalam rukun negara. Adakah kita tidak setia kerana tidak mengibarkan jalur gemilang.. kerana itu yang menjadi ukuran kesetiaan? Ganjil.

Melihat raptai untuk sambutan kemerdekaan Tanah Melayu yang ke 56 secara langsung di televisyen, apa yang menjengkelkan adalah suara latar si jurulatih yang lebih bangga melaungkan kiraan rutin dengan menggunakan bahasa inggeris…”one two three four…” dan para pelajar yang sedang mengibarkan bendera dan membuat pelbagai pergerakan seolah lesu dan tidak bermaya… ya… penat…

Isu kemerdekaan tanah Melayu, kemerdekaan Sabah dan Sarawak serta pembentukan Malaysia masih lagi menjadi isu yang diungkit. Dicuit memang perit. Sejarah usah dimanipulasi.

Persoalan tentang kelunturan semangat patriotisme kebelakangan ini memang tidak dapat dielakkan. Suasana, peristiwa dan kejadian yang mutakhir ini berkaitan pencerobohan Sulu seharusnya dapat menyemarakkan semangat patriotik… malangnya patriotik itu kini dicabuli nafsu politik.

Muak dengan pergelutan dan kepincangan politikus yang lebih mementingkan periuk nasi mereka sendiri tanpa menghiraukan kawah besar  yang seharusnya dikongsi bersama rakyat marhaen. Rakyat jelata pastinya tidak mahu dimanjakan dengan wang ringgit… berbaloi dengan kemakmuran, kesejagatan, ekonomi yang mantap tanpa diburu kerisauan kenaikan harga barang yang mengakibatkan kos sara hidup semakin menekan…

Pokok pangkal semangat patriotisma itu terzahir setelah melihat perjuangan pemimpin untuk memakmurkan negara. Perjuangan pemimpin dan rakyatnya untuk membentuk negara yang selamat dan aman. Kemajmukan yang sering kali dikatakan keunikan negara ini mungkin bakal menjadi wabak yang parah jika tidak dibendung.

Tanah tumpahnya darahku…

Sedih…

bangkit!

 

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!