Assalamualaikum dan salam Dua Puluh Lima…
Pertama sekali, aku mahu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan dan sahabat taulan yang sudi memperingati tarikh hari lahir aku atau yang diperingatkan oleh encik mukabuku aka facebook… hehehe..
.Ya, sudah hidup suku abad. Banyak perkara dan kejadian yang telah dilalui. Mengajar erti kehidupan dalam susah senang mengharungi hari-hari bergelar seorang insan, anak, anak murid, pelajar, kekasih, rakan sekerja, rakan, teman, suami dan ayah… Benarlah ungkapan yang selalu kita dengar, pengalaman mendewasakan…
Masa… dirasakan terlalu pantas berlalu. Seperti baru beberapa bulan yang lalu aku masih di tadika, kemudian ke sekolah rendah, ke sekolah menengah, sekejap singgah ke UiTM, balik semula sekolah dan bekerja… Seperti kelmarin aku masih seorang lelaki bujang yang kacak dan segak… kini telah berkahwin dan mempunyai seorang hero… Adam! Ya.. masih satu… seorang anak…hehehe… Isteri muktamad… memang satu… dan memang masih kacak dan segak…
Ya, sudah hidup suku abad. Sabar dan tawakal bila bertemu mereka yang banyak ragam dan macam-macam. Pasti ada hikmahnya apabila berlaku banyak kejadian yang menguji hati dan perasaan. Sebagai pengajaran dan peringatan akan ketidaksempurnaan kita selaku manusia.
Ya, sudah hidup suku abad, rasa lebih elok dari sebut di usia 30-an… hahaha… ya, sudah tak boleh masuk kategori 20-an, masuk usia remaja-dewasa…
Sekali lagi, terima kasih kepada yang memberikan ucapan…
ayuh! kejar klimaks, mencari konklusi!