MAGIS | Yang Tak Masuk Akal Boleh Berlaku Di Sini

magis-tak masuk akal

Fenomena Halo telah mengheret lima manusia yang berasal dari  tempat berlainan dan tahun berbeza ke sebuah dunia magis. Sebuah dunia di hujung waktu ketika tamadun serta peradaban manusia mulai terhakis. Mereka yang terpilih terjebak ke lokasi yang berbeza-beza.

Saifudin bertemu Syeikh Thauban – satu-satunya manusia penjaga masjid. Dipercayai masjid terakhir yang selamat.

Tombiruo atau Ejim yang kini berwajah manusia dan tampan, jatuh cinta pada seorang wanita Tur-Kus yang rupawan bernama Juvia.

Ryu Watanabe diselamatkan oleh orang-orang Memalik yang menghuni kota bawah tanah di Derinkuyu.

Mikhail pula bergaul hidul dalam gerombolan dubuk yang pandai berkata-kata.

Carlos menjadi tawanan perang di Buyuk Bulsinatur. Dia dijaga perempuan pendamping bernama Cinnie.

magis-budakhutan

 

Masa secara perlahan-lahan telah mempertemukan mereka. Namun di antara mereka ada yang berpihak kepada kejahatan yang diterajui seekor makhluk gagah dipanggil Tuan Turak – Pemimpin boneka di sebalik satu kuasa yang lebih kejam lagi dahsyat.

Apabila dunia semakin dihampiri Dukhan, yakni asap tebal, maka peperangan tidak mampu dielakkan lagi. Mereka bertempur sampai mati!

Nota bawah sikit :

Fuh, kepada peminat karya novelis Ramlee Awang Murshid pastinya tidak sabar untuk membaca kesudahan cerita MAGIS ini. Pastinya menjadi sesuatu yang epik dan mantap lagi super!.

Aku sendiri terasa ‘kabak-kabak’ … berdebar-debar menanti kedatangan novel ini dalam genggaman… hehehe.

tambahan malam:

Sempatlah juga manipulasi dan olah reka satu lagi banner / grafik yang konon-kononnya mengisahkan tentang MAGIS ni… tapi, ini visi aku sebelum baca novel tu… nanti dah baca… kalau rajin, buat plak poster / banner yang sesuai ikut jalan cerita… ~_^

Dalam banyak-banyak karakter… Si Ejim Tombiruo sahaja yang aku belum dapat tafsirkan ..kalau ikut sinopsis tu, macam…. lain… macam bukan Ejim Tombiruo dalam karakter Tombiruo…. hehehe…

YANG TAK MASUK AKAL BOLEH BERLAKU DI SINI !

2 Responses to MAGIS | Yang Tak Masuk Akal Boleh Berlaku Di Sini

  1. tombiruo says:

    Mang hebat gabungan ilustrasi tu.mang menarik

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!