Karam | Tembak | Bajet 2014

KARAM

Kelmarin juga berlaku tragedi kapal karam di Kudat. Tiada kemalangan jiwa.

Mengimbau kembali tragedi di malam takbir Aidiladha 1430H… bersamaan 27hb November 2009 yang telah mengorbankan mangsa di laut…
Pernah terbaca satu kisah berkenaan tragedi ini… sedih dan pilu… jujur… mengalir juga air mata jejaka kacak ini…

TEMBAK

Kebelakangan ini kes kejadian tembak sangat tinggi. Melonjak secara mengejut. Yang terkini juga menjadi mangsa tembak apabila berhenti di lampu isyarat. Nampaknya kita perlu berhati-hati apabila berhenti. Silap-silap bukan berhenti kerana lampu merah tetapi kerana berdarah parah akibat berdas tembakan durjana.

Apa sudah jadi?

BAJET 2014

Ya, semua rakyat Malaysia menantikan pengumuman belanjawan 2014 ini. Kita mahu tahu… apakah penyelesaian Kerajaan kepimpinan Najib untuk masalah kenaikan kos sara hidup akibat kenaikan harga minyak?
Penjawat awam pastinya menanti pengumuman berkaitan perubahan skim, kenaikan gaji dan elaun dan juga bonus.
Rakyat juga menunggu sama ada BR1M akan terus dilaksana atau tidak.
Banyak yang dipertaruhkan untuk bajet 2014… boleh dikatakan menentukan halatuju pilihan rakyat untuk PRU akan datang..

Sama ada mereka akan KARAM dan diTEMBAK bertalu-talu oleh rakyat yang dahagakan perubahan… transformasi yang benar-benar berkualiti dan menjamin kesejahteraan rakyat.

Ya… banyak lagi isu dan tragedi yang berlaku di sekeliling kita.

Aku sayang tanah tumpahnya darahku…

Bah.. tidurlah… hehehe

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!