Ah… hidup. Semua orang pasti mahu mengejar klimaks dan mencari konklusi dalam kehidupan. Mencari diri? Betul juga kata sang guru… Tanpa haluan kita mungkin akan sesat… jika kita punya haluan juga kita mungkin akan sesat. Kerana apa? Alpa, lalai, terpesong atau terlupa.
Hari ini pasti ramai yang berdebar dan sudah mula rasa teruja untuk menantikan detik kebenaran. Detik kebenaran? Apa lagi kalau bukan Bajet 2014 esok. Adakah akan ada pengumuman yang menggembirakan semua rakyat Malaysia selepas dilukai dengan parah sekali dengan pengumuman pengurangan subsidi yang menyebabkan harga minyak naik 20 sen dan menjadi punca kenaikan harga barang? Apakah akan ada penawar duka?
Hari ini juga kita dikejutkan dengan kes rompakan berani di sebuah bank sehingga menyebabkan kematian seorang wanita yang pastinya punya anak dan suami. Apakah rasionalnya? Desakan hidup? Dipaksa? Diugut? Hairan juga bila pengawal keselamatan itu tidak mengetahui kedudukan kamera cctv dan tidak mengambil tindakan pencegahan untuk menutup mukanya… terlebih berani… atau…
Tetapi yang pastinya berita baik ialah hukuman hudud yang baru sahaja dikuatkuasakan secara berperingkat oleh Brunei. Menjadi iktibar dan panduan sekiranya Malaysia juga mahu melakukan perkara yang sama. Pro dan kontra? Khilaf…
Aku? agak terkesan dengan kenaikan kos sara hidup… kesian…sekian