
SEDAP MATA MEMANDANG
Sungguh indah pemandangan di Teluk Likas yang memaparkan keutuhan binaan Yayasan Sabah menghadap Laut Cina Selatan.
Berlaku di depan mata, tapi buat-buat tidak nampak. Adakah kita bukan penduduk bumi? Berkongsi ‘habitat’ bersama dengan banyak lagi hidupan dan spesies di dunia ini. Malangnya kita spesies tunggal yang macam sampah bikin sampah!
Atau mungkin kita beranggapan, suatu hari nanti kita tetap akan mati dan menemui sang pencipta. Biar sahaja masalah itu terbeban kepada mereka yang akan datang. Kumpul sahaja bekalan pahala untuk hari akhirat…
Dimanakah kesedaran dan prinsip hidup kita sebagai manusia yang kononnya bertamadun? Punya adab dan pekerti yang kononnya mulia… Tolong…
Disiplinkan diri dengan membuang sampah di tempat yang sepatutnya.
Kalau bukan kita… siapa lagi?
Pesan kepada diri, keluarga, anak-anak, rakan dan sahabat yang bergelar manusia.
atau kau mahu tunggu pembalasan?
… tunggu… tidak lama lagi. Tahun ini ada satu… depan ada tiga.
Salam dari alam…”kirim salam”