Semut | Antara Manis Dan Gula

semut

Semut gatal nak gonggong gunung, bagaimana dunia takkan sunyi. Mustahil bukan? Ya… kadangkala kita semua ibarat semut. Semut yang berkelana di dunia yang amat luas dengan banyak dugaan dan cabaran yang perlu diharungi hanya kerana perlu mencari makan untuk dibawa pulang ke sarang.

Betul…semut itu ada banyak spesies dan berkasta juga. Yang paling lemah dan kecil pastinya menjadi kuli-kuli sahaja. Naik seperti semut, turun seperti ribut. Pastinya sukar untuk kita memperoleh dan mencapai kejayaan dalam waktu yang singkat. Usaha demi usaha, jatuh dan bangun kadangkala menyeksakan, tetapi apabila hendak gagal pastinya berlaku dengan pantas. Seperti naik melompat gunung, turun terjun bergolek… sakit.

Mati semut kerana gula. Mungkin petikan dari Bajet 2014 ini punya kaitan…pujukan dan rayuan.

“Statistik juga menunjukkan terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes. Sekiranya tidak dikawal, pesakit akan mendapat pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong. Sehubungan itu, kerajaan mencadangkan untuk memansuhkan subsidi gula sebanyak 34 sen berkuatkuasa 26 Oktober 2013. Saya menyeru agar kita bersama-sama menjaga kesihatan. Kurangkan manis dalam makanan dan minuman… tambahkan manis dalam senyuman”

Antara manis dan gula.

Eloklah jangan menjadi lebah, mulut membawa madu, pantat membawa sengat.

nota hujung:

Berkesempatan mengambil gambar sewaktu bercuti di kampung baru-baru ini. Biasalah, budak baru belajar.

Bah… kalau anda diibaratkan semut…anda semut apa?

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!