Ya… tidak kira kawan atau lawan… kita kena senyum.
Hari berlalu dengan pantas bukan? Semacam baru sahaja kelmarin rasanya kita di bulan Januari… Kini kita berada di bulan Oktober. Bulan sepuluh.
Banyak perkara yang telah berlaku. Kalau ditulis semuanya pasti berjela-jela.
Ok… bercerita tentang kenaikan harga minyak… menyedihkan. Alasan untuk kenaikan itu juga menyedihkan. Rantaian akibat kenaikan harga minyak itu juga menyedihkan. Kos sara hidup makin meningkat.
Laporan audit? Ah… pembaziran dan penggunaan wang kerajaan sangat memilukan. Boleh sahaja wang itu dibelanjakan untuk kesejahteraan rakyat.
Betul. Terlalu banyak jabatan atau agensi yang mempunyai fungsi dan peranan yang sama atau hampir sama. Pertindihan dan lambakan hanya menyebabkan karenah birokrasi yang teruk.
Sungguh… yang menjadi kerisauan semua orang ,terutamanya yang tidaj ada pendapatan tetap dan berpendapatan rendah ialah kuasa membeli yang berkurangan. Berjimat cermat sedangkan terdapat golongan yang langsung tidak terjentik dengan kepayahan malah mengambil kesempatan dan mendapat untung daripada kesusahan orang… sedih.
Aaa…. isi tulisan aku bercelaru.
Mungkin kerana waktu sudah lewat… perlu tidur…