Ironi. Laungan ikrar dan tiupan amaran kawalan keselamatan perairan Sabah telah diperketatkan seringkali didengar sejak tragedi Tanduo. Malang, keperkasaan pihak keselamatan sekali lagi dicabul. Keyakinan yang cuba dibina kini telah runtuh semula. Dimana silapnya?
Betul. Malang tidak berbau. Jenayah boleh berlaku di mana sahaja tanpa mengira waktu walau kawalan seketat mana pun.