Assalamualaikum… Salam Disember
Jangan buat-buat terkejut. Ayat klise pastinya…
‘sedar tak sedar, kini kita sudah berada di penghujung tahun 2013. Masa seolah berlalu dengan pantas seperti baru sahaja minggu lalu aku menyambut tahun baru. Azam? pergh! banyak lagi dalam senarai yang masih belum tercapai.’
Bagaimana? klise dan mendatar bukan? ketawa geletek perut…
Hidup suku abad ni buat kita lebih banyak berfikir tentang pencapaian dan ‘situasi’ diri. Masih tertinggal, ketinggalan, kedepan, lain tingkat, salah jalan atau macam ngam-ngam… macam siuk-siuk juga sikit kali. ~_^
Ada sesuatu yang baru sedang cuba diusahakan bersama kawan dan sahabat baikku… Puan Z. Isteriku yang tersayang…Saranghaeyo… kekeke… apa yang sedang diusahakan?
Perniagaan Mencetak Tshirt aka Tshirt Printing.
Perkenalkan MIZURI Art & Design
boleh cari kami di facebook
Kami menyediakan Perkhidmatan Mencetak Baju.
Untuk persatuan, geng, kongsi gelap, krew perkahwinan…dll
Kami juga boleh membuat Rekaan untuk Cetakan Tshirt
Apa macam kamurang berminat ka geng?
Alkisahnya sebelum ni aku lebih banyak terlibat dan terjebak dalam mereka grafik untuk tshirt, pernah juga cuba buat tshirt printing ni dalam beberapa tahun yang lalu, tetapi waktu itu tidaklah dapat fokus dan minat mencetak tu belum ‘klimaks’ sehinggalah baru-baru ini, dalam mengejar klimaks mencari konklusi… mungkin ini adalah jalan yang elok untuk dilalui… Insya Allah…
Antara promosi awal di Mizuri Art & Design
Nah… apa kau lagu? jadi?
Bismillahirahmanirahim… dengan lafaz Bismillah…
Mizuri Art & Design memulakan langkah, menceburkan diri dalam perniagaan ini… semoga dengan Izin Allah.. segalanya akan berjalan lancar dan elok…