Selamat Hari Natal | Merry Christmas

ucapan-krismasYup! Esok 25hb, sambutan Hari Natal atau Krismas bagi penganut Kristian. Sewaktu kecil dahulu, seronok lihat sambutan Krismas di luar negara (melalui TV), ada salji putih yang memeriahkan suasana. Suasana itu terasa unik, disebabkan oleh suasana bersalji itu. Siapa yang tidak pernah berkeinginan untuk bermain bola salji, meluncur dan berbaring atas salji. Seronok.

Selain daripada itu suasana kekeluargaan di musim perayaan sebegini juga amat membahagiakan. Dalam kemajmukan dan anutan yang berbeza itu tidak menghalang kita daripada saling berkasih-sayang dan menyayangi sesama keluarga. Istilah balik kampung tidak terhad kepada perayaan seperti Aidilfitri, Deepavali dan Kaamatan. Krismas ini juga ramai yang balik ke kampung. Asasnya sama, berkumpul dan bermesra bersama keluarga.

Selamat menyambut Hari Natal kepada semua saudara-mara, rakan, kenalan dan semua yang menyambutnya.

Berhati-hati ketika memandu. ~_^

nota kaki:

Esok balik Tambunan… BeRaya … hahaha

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!