Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian… Selalu benar kita dengar peribahasa ini kan…. Bagaimana pula dengan memahami konsep dan berada di dalam situasi tersebut? Berada di dalam keadaan yang sukar dan susah kadangkala boleh membuatkan kita ‘hanyut’ dan ‘lemas’. Ibarat berada di dalam pusaran puting beliung.
Kebolehupayaan kita untuk menangani setiap cabaran dan rintangan yang mendatang akan menentukan kelangsungan survival kita dalam setiap impian dan cita-cita yang mahu kita kecapi. Usaha dan terus cekal.
Ya benar… Kesabaran itu juga penting… “Kau sabar sijalah bah!”
Berkesempatan menonton Life Of Pi semalam. Cerita yang nampak ringkas tetapi menarik. Bagaimana Pi mendapat namanya, Piscine Molitor Patel sehingga berlakunya tragedi kapal karam dan hanyut di lautan bersama Richard Parker, seekor harimau benggala… menakjubkan…
Hampir ke penghujung tahun… berjalan, mengejar dan berlari… banyak yang mahu di’bubut’…