Sunan | Nanggroe Sang Kembara

sunan-budakhutan

“Lebih baik tersalah ampun daripada tersilap hukum!” , kerana fitnah Saifudin dihukum ayahanda tercinta. Membawa rajuk hati, keliru dan pilu menjadi seteru. Saifudin merantau ke bumi Serambi Mekah – Aceh. Banyak ranjau yang terpaksa dilalui sebelum bermukim di situ. Saifudin diangkat menjadi anak asuhan kepada Wali Sufi. Memilih mendalami agama Islam berbanding seni persilatan.

Perawakan Saifudin terbentuk. Berubah dari anak manja di Punggor menjadi pemuda yang pendiam. Ajaran agama Islam banyak membentuk peri tingkahnya. Menjadi di antara kalangan pemuda yang taat berjemaah di musollah. Juga menjadi pemberi minum di kalangan anak-anak murid guru persilatan terhebat itu. Hatta, sering menjadi mangsa buli Djailuh dan Sadik di gelanggang persilatan. Ke mana-mana sentiasa mengiringi Wali Sufi dalam menyelesaikan urusan.

Ratna Sang Ratu Sulaman menyusup ke bumi Aceh untuk menghancurkan keampuhan Aceh daripada serangan Kerajaan Pulau Utara yang sering kecundang di dalam kancah peperangan. Namun Ratna gagal melakukannya. Wali Sufi menjadi penghalang. Justeru, anak asuhan Maharani itu menyasarkan Saifudin. Membunuh Saifudin dipercayai bakal membunuh semangat juang Wali Sufi.

Rombongan kerajaan Pagar Ruyong tiba di Aceh. Engku Aminah, anak kerabat yang rupawan menjadi perhatian anak-anak muda negeri ini. Namun Engku Aminah memilih Saifudin kerana tertarik dengan akhlak terpuji pemuda itu. Bunga cinta mulai tumbuh subur. Engku Aminah mulai menyedari rasa kasihnya pada Saifudin biarpun dalam tempoh yang singkat. Namun Ratna muncul menjadi batu penghalangnya kerana ada sekelumit rasa cemburu membajai jiwanya.

Cinta yang terkawal peradabannya. Cinta bersifat fitrah. Jarang sekali rasa cinta itu muncul bermula dari kebencian. Namun itulah yang berlaku. Cinta tiga segi antara Saifudin, Engku Aminah dan Ratna Sang Ratu Sulaman. Cinta yang wujud dari peperangan, kemarahan dan dendam. Penuh aksi mendebarkan. Digelumangi magis dan kesaktian. Pelayaran dan pengembaraan yang terasa menggugah rasa hati. NANGGROE SANG KEMBARA!

~baiklah … berdebar bukan? Itu adalah sinopsis bagi novel terbaru penulis genre thriller tersohor negara, Ramlee Awang Murshid.

Pasti ramai yang merindui Saifudin. Kali ini kita dibawa ke permulaan sebuah kisah kembara, legasi Laksamana Sunan. Pasti seronok untuk ‘menerawang’ ke dimensi ceritera hebat ini. masih terlalu awal untuk memberi sebarang ulasan, kita tunggu novelnya keluar.

nota kaki:

oh…kenapa pendayung perahu dalam imej aku tak ada kain pelikat di bahu? hehehe… klu? cerita hidup si Pi

Sunan - Nanggroe Sang Kembara

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!