1Juta | Resolusi

Selamat malam… Salam 1 Juta… bukan RM 1 Juta tetapi lebih 1 Juta UV (unique view) untuk budakhutan.com. Terkejut bukan kepalang. Banyak kata kunci yang menyumbang kepada bilangan UV ini… tetapi ianya tidaklah berlaku sebulan dua atau setahun yang lalu. Ambil masa yang panjang. Lebih-lebih lagi aku banyak kali ‘hilang’ dari radar. Jarang mencoret dan tidak kerap…

Rugi….
Sepatutnya aku terus menulis dan konsisten berada di alam siber ini.

Dalam sebulan kadangkala ada beberapa peluang untuk menghasilkan artikel bernilai 20 ke 30usd… dan aku melepaskannya begitu sahaja… rugi.

Begitu juga dengan peluang dalam bidang fotografi. Stockphoto. Seharusnya aku konsisten untuk menghantar sekurangnya 5 ke 10 foto seminggu untuk dihantar kepada laman-laman stockphoto…

Masa…
Betul. Demi masa… sesungguhnya manusia itu dalam kerugian…

Benarlah aku masih mengejar klimaks… mencari konklusi…

Motivasi diri harus sentiasa di peringkat tertinggi…

Kalau bukan diri sendiri… siapa lagi!

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!