Santai | Rilekslah Brader!

Alamak! Rilekslah brader…
Orang kita dikejutkan lagi dengan kejadian culik yang baru sahaja berlaku semalam di Pulau Singgahmata, Semporna. Sekali lagi? Kedengaran juga kata-kata orang, “ESSCOM tu untuk pantau isyarat dari makhluk asing macam SETI kat Amerika tu ker?” , “ESSCOM tido ker!”… yang paling power punya statement “kapal selam kita yang canggih dan beli mahal-mahal tu buat apa?”…

Geng, kalau pen tiada dakwat, kau mau pakai peraut jua kasi ada dakwat?

Alamak!Rilekslah brader…
Kenaikan kos sara hidup semakin terasa bahangnya khusus untuk orang-orang susah seperti kita. Kadangkala cukup makan dan pakai… kadang mengikat perut kurangkan segalanya… Syukur kadangkala ada rezeki tambahan yang dikurniakan. Adat berniaga kadang ada untung dan rugi. Parah juga bila kita yang masih lagi tertatih-tatih dalam berniaga ditimpa banyak dugaan dan cabaran… ada sahaja musibah yang menduga sabar dan semangat…mengalah?

Geng, orang Dusun bilang “pain is temporary pride is forever”… dikasi kuat itu semangat!

Alamak! Rilekslah brader….
Hari ni kan hari Khamis…
Jadi apa komen kamurang?

Kemaskini guna henpon, komputer rosak….Alamak!Rilekslah brader

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!