Kaki | Perjalanan Masih Jauh

kaki-budakhutanKaki. Perjalanan masih jauh. Aku menggaru hidung kemudian hirup kopi yang telah dibuat oleh isteriku sebelum dia menemankan si kecil ke alam mimpi. Aku masih mengetuk-ngetuk papan kekunci. Jam di monitor komputer menunjukkan masa 1.29 pagi. Idea dan jalan cerita yang tadinya mengalir lancar, kini seolah telah tiba di hilir sungai yang tenang. Mungkin kafein di dalam kopi akan membuatkan aku kembali ke jeram yang deras.

Kaki mula lenguh duduk. Pinggang mula terasa sengalnya. Mata masih macam segar….macamlah….

Penat duduk ini lain macam. Sudah berjam-jam bertentang mata dengan Cik Monitor. Kemaskini laman-laman web dan memikirkan layout serta pengisian baharu, buat rekaan untuk baju dan cenderahati, sunting video dan akhirnya aku sentuh skrip dan manuskrip. Tersekat di skrip, kembali ke manuskrip dan begitu juga sebaliknya…dan hinggalah sekarang ini… aku berhenti kerana tersekat di kedua-duanya.

Skrip aku perlu siapkan dalam minggu ini… dan sememangnya itu misi aku untuk minggu ini.

Manuskrip-manuskrip yang hanya aku patuk-patuk nampaknya akan tertinggal lagi. Berdebu di dalam ruang storan komputer (eh… boleh berdebu?).

Papan nota di tepi meja komputer telah aku tuliskan misi tahun ini. Beranikan diri ! Hantar manuskrip novel ke penerbit sebelum hujung tahun. Kalau tidak… bila lagi? Inilah perkara yang paling lama tertangguh dek kerana tiada keberanian dan asyik memikirkan kemaluan… eh! Maksud aku…malu. Ya… aku jejaka pemalu yang kurang kacak.

Kopiku sudah habis. Nampaknya lesu melanda. Momentum berkurangan dan jeram deras yang aku cari tak jumpa, tetapi aku kini seolah tersadai di tebing sungai yang tenang,.. kosong…

Elok aku tidur dulu. Mana tahu usai Subuh nanti boleh terus mematuk papan kekunci.

Ayuh!

~nota

Merenung ke luar jendela. Bayu pagi meniup lembut. Lihat bintang di angkasa. Purnama menerangi gelapku… dan bila fajar menjelma. Itu permulaan hari baru. Dunia gamat bunyinya, sunyiku hanya Tuhan tahu…

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!