SMAKK | Bowling, Thomas, Nasi Goreng

BOLING-BOWLING

Salam Jumaat.Perut meragam seawal 2 pagi semalam. Cair dan lancar (ok..tak perlu bayangkan…). Selepas dari bermain dalam liga bowling di CPS Bowl, Centre Point bersama rakan-rakan X-SMAKK, aku hanya minum milo ais di Restoran Sri Sempelang. Mungkin punca CB (Cirit Birit) dari ayam masak berempah yang aku makan di rumah pada pukul 12 lebih pagi. Ayam tu ditapau dari satu majlis pada awal hari sebelumnya… oh perut… kasihan kau.

Berbalik kepada kisah bowling, sebenarnya kami bermain dengan agak santai kerana objektif utamanya adalah untuk bertemu dengan rakan-rakan sepersekolahan dahulu. Habis sahaja tugas pada pukul 8.30 malam, aku bergegas ke sana. Lama juga aku tak jumpa sebahagian dari mereka ni.

BOLING-BOWLING-smakk

Selesai bermain dua game bowling, kami ke Sri Sempelang. Aku order milo ais dan nasi goreng memandangkan jam sudah menunjukkan 11 lebih malam dan aku belum menjamah sebarang hidangan dari pagi. Sebenarnya lapar geng…. Tunggu punya tunggu. Malaysia akhirnya berjaya menumpaskan Denmark dalam pusingan suku akhir Piala Thomas. Bersorak orang ramai di restoran tu. Meriah!… tapi… Nasi Goreng aku belum sampai. Nasi Goreng aku mana der?

Disebabkan kelewatan itu, aku tangguh hasrat untuk makan disitu. Hilang selera. Lagipun nanti rosak diet aku… kekeke

X-SMAKK

Mesyuarat… eh… pertemuan kami berakhir pada pukul 12 lebih pagi. Masing-masing ada komitmen untuk esok hari. Lagipun ada yang kata malam itu adalah MJ. MJ? malam Jumaat. ^_^. Seronok berjumpa dengan kawan-kawan lama ni. Ditambah lagi dengan ‘racun’ cerita latihan larian untuk marathon yang diselang-selikan dengan lawak yang pastinya akan lebih meriah jika lebih ramai yang turun.

Dengan perut berkeroncong lagu rindu, aku pun pulang ke rumah.

Selesai mandi, aku makan sambil menonton rakaman siri TV episod akhir “Cheo Yong : The Paranormal Detective”. Seronok cerita ni, tapi aku akan cerita dalam entri yang lain.

dan selepas itu… bermulalah episod lawatan ke ‘bank’ berkali-kali untuk melabur sehingga pagi ini. Kalau diikutkan mata, mahu sahaja aku sambung melelapkan mata, tetapi perut masih menyanyikan lagu syahdu… lagi pun nanti terlajak pula proses tidur tu nanti.

Petang nanti mahu berbadminton lagi. Kena simpan sikit tenaga selepas penat bertarung dalam percangkungan.

BOLING-BOWLING-BESRTMKK

Eh.. kenapa ada gambar bowling lagi ni. Aiseh… ini adalah antara foto yang sempat diketik dalam Pertandingan Boling Santai BESKK, antara rakan sekerja di unit kami. Setelah sekian lama tidak bermain Bowling, inilah permainan bowling pertama dalam tempoh beberapa tahun. Nasib baik tak jadi juara….(konon sahaja… anggap ianya satu mitos).

BOLING-BOWLING-BESRTMKK2

dan juga untuk promosi sebenarnya. Baju merah menyala dengan cetakan Pin Boling dibelakang baju tu adalah hasil cetakan ‘Mizuri Design’ .

tempahan agak lewat, hanya 3 hari sebelum pertandingan, mujur dapat disiapkan.

Maka dengan rasminya, bowling menjadi antara sukan yang akan diceburi (ewah…).

nota:

Ada tips tak untuk beli bola boling dan kasut boling… (amboiiii…)

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!