Terjun ! beranikan diri ‘bunuh diri’… eh… penggunaan istilah itu bermaksud membunuh diri anda yang pasif dan pesimis. Lebih kepada sebuah ajakan untuk hijrah menjadi seorang yang aktif dan positif. Kalau tidak berani, nah… yang menjadi taruhan ialah kehidupan anda di masa mendatang. Bagaimana dan apakah yang kita mahu untuk hidup kita di masa hadapan? Bukan sekadar memikirkan tentang diri kita sendiri… tetapi fikir-fikirkanlah tentang kita dan orang-orang yang kita sayang… baiklah…agak serius disitu (menggeliat sebentar… mengantuk mula menguasai diri)
oh ya… gambar orang terjun di atas ialah aku. Aku yang melakukan aksi terjunan tahap 10 markah… hehehe
Hidup ini umpama kita terapung di lautan yang luas dengan sebuah pelampung yang memberikan sedikit keselesaan dan jaminan. Berada di lautan yang dalam dan berpelampung. Jika kita mahu, kita boleh berpelampung sehingga ke pantai. Mudah, selamat dan senang. Sesiapa sahaja mampu melakukannya… Dalam kehidupan ini, seringkali kita berada di zon selesa dan tidak mahu keluar dari kepompong ‘mudah’ itu. Usaha dan produktiviti sekadar cuku-cukup makan dan seperti cecah biskut ke kopi sahaja… asal ada.
Atau kita mahu mengambil risiko dengan melepaskan diri dari pelampung dan berenang menuju ke pantai? Beranikah anda mengambil risiko sedemikian? berenang dan terus berenang? Keluar dari ruang lingkup ala kadar ke satu zon yang lebih selamat dan tiba lebih awal ke pantai… dan jalani kehidupan yang lebih mencabar dan menarik. Betul… sebelum kita mula berenang, haruslah belajar berenang. Mulakan dengan lepaskan sebentar pelampung dan belajar berenang. Sekiranya hampir tenggelam capai semula pelampung, begitulah seterusnya sehinggalah anda boleh berenang tanpa pelampung… bak kata Elsa dalam Frozen, ‘Let It Go’… atau lagu terjemahan dalam bahasa Melayu oleh Marsha, ‘Bebaskan’…
ok ok… cukup… aku terdengar sudah ada yang menyanyi lagu ini di dalam hati ^_^
Hidup dengan lebih aktif dan positif. Kalau berani kita jumpa di BSN Putrajaya Night Marathon pada 11 Oktober 2014 dan esoknya di Standard Chartered Kl Marathon.. Terima kasih kepada kawan-kawan yang ‘meracun’, terutamanya rakan-rakan x-SMAKKian. Semangat bermarathon, berlari dan beraktiviti lasak tiba-tiba kembali menerjah…. siuk bah!
Baiklah. Motivasi ini aku coret untuk diri aku sendiri dan mungkin juga boleh ditatap untuk generasiku di masa hadapan (ewah…). Sekiranya ada yang membaca dan mahu jadikan ‘falsafah’ itu sebagai sesuatu yang boleh dijadikan pembakar semangat, nah..dia lah tu!
Gambar-gambar di entri kali ini diambil pada bulan Mac yang lalu dalam Misi memburu lubuk oleh Geng Pondok ke perairan Mengalum. Seingat aku pada tarikh yang sama MH370 dilaporkan hilang. Trip memancing yang agak santai. Jenuh juga memutar kekili joran selepas menjatuhkan mata kail ke kedalaman 30 ke 50 kaki. Pergh!
Aku bersantai-santai guna pelampung… sebelum berenang.
~nota:
jam 2.24 pagi. Tidurlah… selamat malam…eh… pagi!